September 6, 2011

Bazar Ramadhan 2011

Masih belum terlambat untuk kami Kelab UMNO OTAGO mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. Untuk entry kali ini kami ingin berkongsi kemeriahan bazar Ramadhan 2011 yang berlangsung pada bulan Ramadhan yang lalu. Walaupun jauh dari tanah air tercinta, kegembiraan memilih juadah berbuka di bazaar Ramadhan tetap dapat dirasakan pelajar-pelajar di sini. Menu-menu 'Malaysia' dijual bagi memenuhi selera anak tempatan, jadi kuranglah homesick terutamanya bagi mereka yang baru pertama kali berpuasa di perantauan =)







Kepada warga Dunedin, jangan lupa untuk sama-sama memeriahkan RAYA OTAGO pada 10.9.2011, Sabtu di Sacred Heart School.Dapatkan kupon-kupon kepada pengedar-pengedar yang telah dinyatakan. Pakai baju raya..jom kita raya!  

August 2, 2011

~Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak~


Kelab UMNO Otago mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada muslimin dan muslimat :)

July 15, 2011

Peristiwa Cuti Musim Sejuk....

Assalamu’alaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Kepada semua pelajar University of Otago, selamat kembali ke sekolah dan memulakan semester 2 tahun ini dengan penuh semangat. Pasti ramai yang mengambil peluang cuti musim sejuk yang lalu untuk bercuti sekitar NZ. Ada  juga yang kembali ke tanah air (terima kasih Air Asia). Yang pasti, Dunedin tidak kesepian pada musim cuti kali ini malah telah dibanjiri ramai pelajar Malaysia dari univeristi-universiti seluruh New Zealand (Wellington, Christchurch dan Auckland) yang datang bagi menyertai dan memeriahkan BERSATU GAME 2011.

Otago sebagai tuan rumah berhempas pulas memberikan yang terbaik sepanjang kejohanan sukan berlangsung serta memastikan setiap yang hadir mendapat pengalaman berharga sepanjang berkampung di sini. Kami di kelab UMNO OTAGO mengucapkan tahniah kepada para pemenang serta tidak lupa ucapan terima kasih kepada semua tenaga kerja BERSATU GAME 2011.

Bersempena dengan BERSATU GAME, Kelab UMNO OTAGO turut menganjurkan Pertandingan Bahas ala Parlimen yang disertai oleh wakil Kelab UMNO setiap kawasan pada malam 2, 3 dan 4 Julai 2011 bertempat di Hunter Centre. Acara bahas dimeriahkan lagi dengan adanya Pasar Malam yang diadakan di bangunan yang sama. Pelbagai juadah dijual pada ketiga-tiga malam tersebut dan sambutan amat menggalakkan. Ada yang setia menunggu di Hunter Centre sejak pukul 6 petang walaupun pertandingan  bahas dan pasar malam bermula pada pukul 7 petang. Ramai tidak melepaskan peluang untuk menikmati menu-menu Malaysia yang sememangnya dirindui anak perantau. Ternyata kehangatan berjual beli di pasar malam menular ke bilik pertandingan bahas berlangsung. Kerusi dalam bilik bahas penuh dengan penyokong yang datang memberi semangat kepada pasukan bahas masing-masing. Terima kasih semua atas sokongan anda.

Bagi yang tidak dapat hadir, ini sedikit info tentang Pertandingan Bahas yang berlansung.
Tajuk bahas:
1) Penggunaan internet membantu perkembangan minda kanak-kanak.
2) Penghantaran pelajar ke luar negara jurusan profesional wajar diteruskan.
3) Insuran kesihatan untuk setiap rakyat wajar dilaksanakan di Malaysia.

Penyertaan:
  1. Auckland UMNO Club
  2. Otago UMNO Club
  3. Christchurch UMNO Club
  4.  Wellington UMNO Club

Pusingan pertama, 2/7/2011
Pertandingan antara:     Kelab UMNO Wellington UMNO dan Kelab UMNO Christchurch.
Dimenangi oleh:            Kelab UMNO Wellington UMNO.

Pusingan kedua, 3/7/2011
Pertandingan antara:     Kelab UMNO Auckland dan Kelab UMNO Otago.
Dimenagi oleh:              Kelab UMNO Otago.

Pusingan akhir, 4/7/2011
Pertandingan antara:     Kelab UMNO Otago dan Kelab UMNO Wellington.

Pemenang pertandingan bahas ala parlimen 2011: Kelab UMNO Otago.
Pembahas terbaik: Saiful Azrie


Saiful Azrie membentangkan hujah


Juri pertandingan bahas:              YBhg Datin Dr. Siti Maimon
                                                   Dr. Rohaida Abdul Halim
                                                   Puan Madihah Rushaidi





Pasukan bahas otago menerima piala pusingan




Sorakan gembira setelah juara diumumkan =)








~Apa yang ada di Pasar Malam?~

Chicken Kebab

Original Malaysian Satay combo perpack with nasi himpit
Chicken pandan
Homemade satay sauce
Nasi kerabu +  daging bakar + telur masin + tumis sambal + syur
Ayam percik (quater chicken)
Laksa kelantan
Kuih-kuih melayu
Nasi beriani
Nasi tomato
etc
Hunter Centre bertukar rupa..dh jadi pasar malam!






July 2, 2011

BAHAS ALA PARLIMEN 2011 DAN PASAR MALAM.





PRE-ORDER ONLINE FOR GREAT SAVINGS DURING BERSATU
Email your orders to: de.kelantan@gmail.com
Full Name/contingent@background info/ Special/menu/number of orders
Example: Abu bin Mat/OMSA/Bersatu welcoming special/  A / 3 packs
Tifanny Caramba/CMSA/ Bersatu Breafast/C/ 1 pack
James Birdy/Dunedin/pasar malam/A/1

Discount offer Pre-orders will be closed 12pm noon Friday 1st July 2011
Online order will still be open till 12 pm Friday 1st July to confirm your menu choice for the bersatu welcoming special, Bersatu Breakfast Special and Pasar Malam Bersatu Special. If you missed the deadline, don’t worry, you can contact us during the Bersatu to confirm orders (for the Pasar Malam, if you did not do any order, you can still get them by coming early)

BERSATU WELCOMING SPECIAL
Friday 1st July 2011
Menu A: Light Biryani with chicken curry $5.00


WAIT THERES MORE!!!!
For the BERSATU Welcoming SPECIAL pre packed dinner
$1 DISCOUNTS for the first 20 online PRE-ORDERS*
50cents  DISCOUNT for the next 50 online PRE-ORDERS*

BERSATU BREAKFAST SPECIAL
Saturday 2nd July 2011
Menu A: Nasi Lemak sambal and boiled egg $3.00

Sunday 3rd July 2011
Menu B: Fried Pasta Malaysian style (chicken base) $3.00

Monday 4th July 2011
Menu C: Nasi Lemak sambal and boiled egg $3.00


WAIT THERES MORE!!!!
For the BERSATU BREAKFAST SPECIAL each daily menu means savings for each BREAKFAST

$1 DISCOUNTS for the first 20 online PRE-ORDERS*
50cents  DISCOUNT for the next 50 online PRE-ORDERS*


PASAR MALAM BERSATU SPECIAL
(Collection at pasar malam venue, or delivery to hotel: please request)
Saturday 2nd July
Menu A: Nasi Kerabu Ayam Percik
 (kerabu rice with coconut glazed chicken)
(1 piece chicken $6.50) (2 piece chicken $8.00)
Sunday 3rd July 2011
Menu B: Nasi Biryani Ayam
Chicken Biryani
(1 piece chicken $6.50) (2 piece chicken $8.00)
Monday 4th July 2011
Menu C: Nasi Tomato Ayam Masak Merah
(tomato rice with chicken in Malaysian tomato thick gravy broth)
Menu D: Nasi Kerabu Ayam Percik
(kerabu rice with coconut engraved chicken)
(1 piece chicken $6.50) (2 piece chicken $8.00)

WAIT THERES MORE!!!!

For the pasar Malam BERSATU SPECIAL each daily menu means savings for each pasar malam

$2 DISCOUNT for the first 10 online PRE-ORDERS*
$1 DISCOUNT for the next 20 online PRE-ORDERS*
50 cents  DISCOUNT for ALL next  online PRE-ORDERS*

Pre-order by emailing: de.kelantan@gmail.com
Full Name/contingent@background info/ Special/menu/number of orders

Now all pre-orders for the pasar Malam Bersatu by 12pm Noon Friday 1st July will be offered the discount.
“I go for perfection, the rice use for my menus are basmati rice”

There are more than 250 people coming to Dunedin for the BERSATU GAMES and another over 300 Malaysian in Dunedin. Be the lucky one and Pre order for that Malaysian taste prepared by Dunedin own Malaysian freelance cook Hafiz. Hafiz has a range of experience cooking for not just Malaysian but the international community, from Iftar during Ramadhan at the local mosque, Malaysian welcoming gatherings, request by the local community  and also small gatherings of under 50 people. Look for the “de Kelantan”, and feel home cooking away from home.

Latest Experience:
Cooked for the Malaysian under 21 Hockey team spearheaded by legendary Malaysian hockey players, Mirnawan Nawawi, Dharman, Gobi and Nor Azlan Bakar





*Terms and condition:
1. Your online order does not guarantee you a discount, as others may have also ordered before you. Discount is given according to the discretion of de Kelantan
2. You can order as much as you want. Discount is available for each number of ordered food.
3. Each discount coupon is for  the food item ordered.
4. To benefit from the discount, Collection and payment of the food must be made before 8.00pm (pasar malam) on that day.
5. Pre-order not collected by 8pm (pasar malam), will forfeit the pre-order unless late collection was informed prior to collection.
6. Confirmation of your success in obtaining the coupon will be emailed to you.  The discount coupon will be given to you on the first day of the Bersatu. If collection of the coupon on that day is not possible, please contact to inform us.
7. Each onine pre-order discount is for a specific menu, so make sure you order the right menu for the right day if you want to have the discount for the right food. To save the hassle just pre-order for all three days!   
8. Payment is by cash only, so bring along those extra change.
9. if orders exceeds production capacity, earlier pre orders will be given priority. This we will inform before the start of Bersatu.

For any enquiries please email at: de.kelantan@gmail.com

June 2, 2011

Apa itu jerayawara bahasa?

Selepas berewang Kelab UMNO Otago berjerayawara pula. Kali ini UMNO Otago telah berkolobrasi dengan Kelab OUPERSADA menganjurkan Minggu Jerayawara Bahasa pada 28 Mei 2011. Pasti ramai yang tertanya-tanya apa itu jerayawara bahasa. Jerayawara ialah persembahan, pameran, ceramah dan sebagainya yang diadakan oleh seseorang atau se­kum­pulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yang ber­­kunjung dari satu tempat ke tempat lain dengan tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kepada orang ramai, mempromosikan sesuatu dan sebagainya; contoh: persatuan itu melaksanakan program pendedahan dan pendidikan, termasuk beberapa siri jerayawara yg meliputi seminar dan pa­meran; sumber: Kamus Dewan edisi 4.

Justeru, Jerayawara Bahasa yang dianjurkan bertujuan untuk menyemarakkan dan mempromosikan keindahan bahasa kabangsaan Malaysia iaitu Bahasa Malayu/Bahasa Malaysia. Bertepatan dengan maksud yang dibawa, Minggu Jerayawara Bahasa 2011 membuka ruang kepada mahasiswa dan mahasiswi di Dunedin mengekspresikan cetusan minda melalui bahasa. Dengan tema ‘titisan tinta cerminan kemanusiaan’ , penyertaan dibuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang berminat. Antara pertandingan yang diadakan adalah Bahas Bahasa Melayu ala Parlimen, Penulisan kreatif, Penulisan Pantun, Penghasilan Lagu Puisi serta Teka silang kata. Penyertaan amat menggalakkan dan sememangnya semua peserta amat berbakat dan kreatif (ramai yang ada bakat terpendam!). Tahniah diucapkan kepada pemenang setiap kategori yang dipertandingkan. Kepada yang kurang bernasib baik tahun ini, cuba lagi tahun depan. Sokongan serta kerjasama semua pihak yang menjayakan Minggu Jerayawara 2011 amat kami hargai.


Izdham menyampaikan hadiah kepada Zariq, pemenang kategori Lagu Puisi

Penghayatan yang mendalam dari Fadzrel

Pemenang tempat kedua kategori bahas ala parlimen


Anir menyampaikan lagu puisi bertajuk 'Jalan'

Rashidah, pemenang tempat kedua kategori Penulisan Kreatif

Antara yang hadir memberi sokongan



Untuk pengunjung blog UMNO Otago, hayatilah keindahan puisi ‘Subuh di al-Quds’ nukilan Mohd Zaini Mohd Dhazam yang telah dipilih juri sebagai pemenang kategori penulisan kreatif. Semoga terbangkit rasa kemanusiaan dan ihsan sesama membacanya =) 

Kabus pagi,
Dingin awal itu,
Kaca berembun dilap ala kadar,
Aku mencari mentari Ilahi,
Masih samar jauh di celah bukit.

Masih basah titisan wudu' subuh,
Ku belek helaian kertas lama,
Ku baca dengan mata hatiku,
Terbentang segala ilmu di kalam Allah itu.

Di kejauhan pelusuk sana,
Malamnya masih jauh,
Siangnya sudah lama pergi,
Kembalinya hari tidak menentu.

Aku terfikir,
Adakah siang kalau hidup penuh kegelapan,
Adakah malam kalau peledak terus bersinaran,
Minda hatiku terkelu.

Masih adakah subuh di Al Quds?
Di mana dicarinya wudu'?
Apanya kekhusyukan dengar mortar lalu?
Sucikah tanah darah membanjirkan?

Aku malu pada tanyaku,
Sedang sabil tanah disujudnya,
Sedang derita Allah disembahnya,
Dengan jihad suci syahidnya.

Sedangkan aku,
Masih kejauhan,
Mana tindakku?
Alang jatuh sudah melenting.
Kalau diukur imannya enteng.

Nukilan,
Pengukir Aksara















June 1, 2011

Rewang 2011


Tempat: Coronation District Hall, Maori Hill.
Tarikh: 14 Mei 2011
Masa: 8 am – 2 pm
                                                                                                                                                                   
Salam sejahtera semua pengunjung blog UMNO Otago. Seperti tahun-tahun yang lalu, Kelab UMNO Otago sekali lagi bekerjasama dengan Kelab Sarjana menganjurkan majlis rewang. Macam dah jadi tradisi bagi kelab UMNO Otago untuk mengadakan aktiviti rewang ni dan seperti biasa sambutan amat menggalakkan. Antara objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar –pelajar undergrad berkenalan dengan kakak-kakak dan abang-abang postgrad serta keluarga mereka.

Ramai pelajar-pelajar undergrad turut serta dalam aktiviti rewang. Masing-masing turun padang berbekalkan ‘alatan rewang’ (pisau dll) serta ‘bakat dapur’  dan kerja-kerja rewang sebenarnya telah bermula sejak malam sebelumnya. Memang meriah. Semua berganding bahu menjalankan tugas masing-masing; ada yang menangis potong bawang, ada yang tekun memotong ubi dan ada yang rajin menolong postgrad menumis di dapur. Ketika rewang, pelajar lama berkenalan dengan pelajar baru, berkongsi pengalaman serta tips-tips ‘survival’ di Dunedin. Silaturrahim terjalin di situ. Misi tercapai.
Sesi makan tengah hari kali ini lebih istimewa dengan kehadiran Yang Berbahagia Datuk Dr.Rosli Mohamed , pengarah MSD New Zealand. Sebelum makan, YB Datuk Dr.Rosli sempat memberikan ucapan yang di dalamnya terkandung maklumat serta mesej penting buat semua; antara yang disebut beliau ialah: 'we should love, respect and understand one another'. Terima kasih Dr. Rosli kerana sudi hadir.

Inilah serba sedikit tentang Majlis Rewang 2011. Terima kasih kepada yang terlibat, kerja keras anda semua amat dihargai. Yang pasti, kita semua mendapat manfaat serta kenangan manis daripada aktiviti tersebut. Sejauh mana merantau, adat dan tradisi tetap dipegang. Rewang di bumi asing tetap meriah dan indah; saling tak tumpah seperti di kampung halaman.  

Di kesempatan ini juga ingin diperkenalkan barisan ahli jawatankuasa tinggi Kelab UMNO Otago bagi tahun 2011 :
Penegrusi:  Izdham Zainal
Naib pengerusi: Akmal Shahir
Setiausaha: Siti Fairuz Latif
Penolong Setiausaha: Nur Fauziani  Zainul Abidin
Bendahari: Nini Rahman

Jom lihat apa yang berlaku sekitar aktiviti rewang

potong- memotong bersama


Fairuz, Izdham  dan Akmal meninjau tempat masak

En. President buat 'spot check'



Kurma Kambing


Seronoknya masak ramai-ramai


Pengerusi Majlis, Hafiz mengendalikan sesi suai kenal


Yang berat sama dipikul

Ucapan daripada YB Datuk Dr. Rosli Mohamed

makan!



Chief Chef: En. Hasbullah


Selesai makan, kerja membersih dan mengemas bermula

Wajah-wajah Rewang 2011



May 28, 2011

Yang lama bertukar baru, legasi diteruskan; 2011

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu 1Malaysia kepada semua pengunjung blog UMNO Otago. Mesti ramai yang tertanya-tanya apa dah jadi dengan UMNO Otago? Blognya sepi tanpa berita..dah terkubur atau masih aktif berjalan? Di pihak sidang ridaksi kami memohon maaf atas kesunyian yang berpanjangan. Hakikatnya Kelab UMNO Otago masih aktif dan kini, tahun 2011 menampilkan barisan peneraju kelab yang baru. Legasi bertukar tangan namun perjuangan dan semangat masih sama. Yang pasti legasi ini bukan legasi lalang. Pelbagai aktiviti menarik telah diatur bagi mewarnai tahun 2011. Terima kasih kepada semua yang menyokong Kelab UMNO Otago selama ini. Diharapkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dapat mengeratkan hubungan, merapatkan jurang sesama kita serta membolehkan kita berkongsi rasa sebagai anak Malaysia di bumi New Zealand.