April 21, 2012

Dunedin Health Carnival dan Hari Keluarga UMNO


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Kami, Kelab UMNO Otago dan ISMA dengan berbesar hati ingin menjemput semua warga Malaysia di Dunedin ke Dunedin Health Carnival & Hari Keluarga UMNO 2012 yang merupakan kolaborasi bersama Kelab UMNO Otago dan ISMA. Tujuan utama adalah untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan kesihatan, di samping mengeratkan hubungan sesama warga Malaysia di Dunedin.

Butiran aktiviti adalah seperti berikut:

Tarikh: 22 April 2012 (Ahad)
Masa : 10 pagi - 5 petang
Tempat : Hunter Center

Bagi Hari Keluarga UMNO, pelbagai aktiviti menarik disediakan dan kami menggalakkan penyertaan daripada semua lapisan masyarakat Dunedin untuk memeriahkan Hari Keluarga UMNO ini.


Untuk golongan kanak-kanak, antara aktiviti 'indoor' yang dipertandingkan ialah;
 1) 'Step On The Balloons'
 2) Tiup Belon
 3) 'Mummy Return', dan
 4) Pertandingan Mewarna. 

Bagi golongan 'undergraduates' dan juga 'postgraduates', kami turut menganjurkan  aktiviti 'outdoor' iaitu 'Amazing Race' di mana ianya mirip rancangan TV bertajuk 'Running Man'. 
Syarat-syarat minimum penyertaan ialah;
1) Sekurang-kurangnya 5 orang dalam setiap pasukan (termasuk ketua pasukan)
2) Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan
3) Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang 'postgraduate', seorang senior 'undergraduate' dan juga seorang junior 'undergraduate'
Para peserta boleh membina pasukan masing-masing sebelum hari pertandingan dengan menghantar email kepada imperidal@hotmail.com (Tahfiz Taffazani)

Penyertaan dihadkan kepada  4 pasukan terawal sahaja. 
Maklumat lanjut syarat-syarat pertandingan akan diterangkan pada hari berkenaan.


Sebarang pertanyaan mengenai Hari Keluarga UMNO boleh diajukan kepada:
Siti Sakinah Abdul Karim (02102887350)
Tahfiz Taffazani Ahmad Zamri (0226973801)

Bagi Karnival Kesihatan Dunedin pula, antara program yang telah diatur termasuklah pemeriksaan badan dan gigi, 'Medical Forum', 'Ibn Sina Medical Quiz', pameran kesihatan dan lain-lain lagi. 


Berikut disertakan tentatif Dunedin Health Carnival dan Hari Keluarga UMNO

Makanan ringan akan disediakan kepada semua yang hadir pada hari berkenaan. 'Potluck' juga dialu-alukan.



Kami berharap agar warga Dunedin dapat ramai-ramai datang memberi sokongan serta memeriahkan Karnival Kesihatan Dunedin & Hari Keluarga UMNO yang julung-julung kali diadakan ini.


April 13, 2012

Lawatan Pelajar UTM ke Universiti Otago

13 April 2012- Seramai 12 orang pelajar Fakulti Sains(Fizik) Universiti Teknologi Malaysia telah mengadakan lawatan ke Universiti Otago pada 13 April yang lalu di bawah program 'New Zealand Exploration Programme,NEWZEX 2012'. Mereka tiba di Universiti Otago pada pkl 12 tengah hari. Mereka telah disambut oleh wakil dari University of Otago International Office, Otago Malaysian Student Association dan juga Kelab UMNO Otago sendiri.

Setibanya mereka di Universiti Otago, mereka dibawa meninjau Department of Physics University of Otago . Mereka berpeluang mendengar mendengar 'presentation' daripada Dr Pat Langhorne yang merupakan Head of Physics Department University of Otago. Mereka juga dibawa melihat 'coldroom' dan juga makmal-makmal yang digunakan oleh pelajar phD. Setelah itu, mereka dibawa melawat kawasan sekitar Universiti Otago sebelum ke International Office untuk 'welcoming tea'. Sebelum bertolak pulang, mereka berpeluang berjalan-jalan di Dunedin City.

Semoga lawatan 11 hari mereka di New Zealand dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan yang berguna untuk mereka dan dikenang sampai bila-bila.

'Jauh Berjalan, Luas Pemandangan'




SILA 'KLIK' UNTUK KE GALERI GAMBAR

April 1, 2012

Borang Permohonan Pinjaman Peralatan Kelab UMNO


1 April 2012- Pada tahun ini, Kelab UMNO Otago telah memperkenalkan 'Borang Permohonan Pinjaman Peralatan Kelab UMNO' untuk mengatasi masalah kehilangan barang milik Kelab UMNO Otago yang sering berlaku pada tahun-tahun sebelumnya.

Oleh itu, sesiapa yang berhasrat untuk meminjam Barang/Peralatan milik Kelab UMNO Otago bolehlah berbuat demikian dengan berjumpa dan menghantar borang di bawah kepada:

En. Akmal Hazly Bin Jamaludin, dan
Zawani Minhat