PENGANJUR : Malaysian Student Council (MSC Otago) – KUO, OMSA, OU Persada, Sarjana Otago
TARIKH PROGRAM: 12 Ogos 2014
Majlis jamuan hari raya bersama delegasi Jabatan Perdana Menteri
dijalankan bertujuan untuk beramah mesra dan memberi peluang kepada para
pelajar Malaysia di Otago; pra-siswazah dan pasca siswazah
bertukar-tukar pendapat dan mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan
dengan akademik dalam satu sesi soal jawab.
Para pelajar juga
berpeluang memberi cadangan-cadangan yang boleh meningkatkan kualiti
pembelajaran di Otago di samping mempromosikan University of Otago
sebagai salah sebuah universiti yang termasyhur di New Zealand kepada
bakal pelajar-pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran mereka
ke luar negara.
Pihak MSC Otago berasa sangat bertuah dan
berterima kasih kepada wakil-wakil Jabatan Perdana Menteri serta pihak
EMNZ yang sudi menziarahi kami di bumi Otago ini serta menghadirkan diri
ke majlis tersebut.
Terima kasih.
KELAB UMNO OTAGO NEW ZEALAND
Kelab UMNO Luar Negara (KULN)
August 25, 2014
Hari Raya Aidilfitri Otago: “#rayaumnootago14”
TARIKH PROGRAM : 3 Ogos 2014
KUO sekali lagi bersama OU Persada dan Sarjana Otago telah bekerjasama untuk menjayakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan menjemput semua warga Malaysia di Dunedin.
Majlis tersebut merupanakan satu-satu anjuran tahunan bagi KUO. Walaupun berada di perantauan, para hadirin dapat menikmati juadah tradisional tanah air, menyambut beramai-ramai hari yang istimewa ini serta meningkatkan perpaduan antara rakyat Malaysia di sini tak kira bangsa atau kaum. Malah, ia juga merupakan satu peluang bagi kami untuk mempromosikan budaya dan negara kita kepada rakyat New Zealand.
Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan memdapat sambutan yang sangat baik.
Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

August 24, 2014
Iftar: “Kita-Kita Aje"
TARIKH PROGRAM: 20 Julai 2014
Pihak KUO telah mengadakan majlis berbuka puasa bagi rakyat muslim Malaysia di Dunedin pada Ramadhan 2014. Dengan kerjasama dari pihak OU Persada serta Sarjana Otago, program tersebut telah berjaya dijalankan dengan lancar, dengan menu yang istimewa disediakan :Nasi Kerabu Perantauan.
Program tersebut telah berjaya memperkukuhkan hubungan antara ahli-ahli kelab tersebut dengan sama-sama berkerjasama untuk memasak hidangan bagi majlis tersebut. Dengan menunaikan solat berjemaah, tilawah al-Qur'an, dan mendengar tazkirah, para hadirin juga dapat beribadah bersama sebagai sambutan bulan puasa.
GALERI:

August 22, 2014
Majlis Suai Kenal Bersama EMNZ & Kursus Pengurusan Jenazah
TARIKH PROGRAM: 17 Mei 2014
KUO bersama OU Persada telah mengadakan majlis suai kenal bersama EMNZ yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan beramah mesra di antara para pelajar dan pegawai EMNZ. Pada waktu yang sama, program ini juga dianjurkan untuk mengalu-alukan kedatangan Pegawai Atase Pendidikan yang baru, iaitu Puan Suraya Sari.
Kursus Pengurusan Jenazah juga telah diadakan pada hari yang sama demi memberi manfaat kepada para peserta dengan memberi merea peluang untuk mendalami perkara-perkara berkaitan dengan pengurusan jenazah. Kursus ini pernah dianjurkan pada dua tahun yang lepas, dan oleh kerana para pelajar berminat untuk menyertai program ini lagi, kursus ini telah diadakan juga pada tahun ini dengan aspek praktikal dimasukkan.
----------------------------------------------------------------------------------------
PENGISIAN PROGRAM:
10:30:Kehadiran para pelajar dan para jemputan
11:00 a.m.: Pembacaan doa
11:05 a.m.: Ucapan / sesi suai kenal bersama Ustaz Mohd Erfino Johari (Pengarah EMNZ) dan Puan Suraya Sari (Atase Pendidikan).
1:00 p.m: Makan tengahari
2:00 p.m: Ceramah “Penghormatan Sesama Insan” oleh Ustaz Erfino
3:00 p.m: Sesi soal jawab
4:15 p.m: Sesi praktikal mengkapankan jenazah.
5:00 p.m: Makan dan bersurai
Secara keseluruhannya program ini telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna dan matlamat program telah berjaya dicapai.
Galeri Majlis:

“Reviving the Quranic Generation” & “Before I Say I Do”
TARIKH PROGRAM: 24 April 2014
Anjuran ISMA NZ dengan kerjasama dari pihak KUO, Persatuan Siswa-Siswi Dunedin (OU Persada) dan Brunei Student Association, program “Reviving the Quranic Generation” & “Before I Say I Do”, sebuah sesi perkongisan ilmu telah diadakan.
Program tersebut disampaikan oleh tetamu jemputan Dr Fatimah Zaharah Rosli dan merangkumi pengalaman beliau - bagaimana beliau tertarik untuk mendalami ilmu al-Quran yang telah membolehkan beliau menghafal 30 juz’ al-Qur’an sewaktu pengajiannya dalam bidang perubatan di Mesir.
“Before I Say I Do” adalah sesi Q&A tentang persediaan, masalah dan persoalan yang timbul ketika seseorang ingin ke alam pernikahan, termasuk cara menjaga pergaulan, ilmu yang perlu difasihi dan sebagainya yang juga disampaikan oleh Dr Fatimah Zaharah.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan semangat kaum muslimin mendalami dan mengahafal al-Qur’an sertamemberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan informasi tentang perkara yang perlu didalami sebelum memasuki alam berumahtangga.
Program ini telah menapat sambutan yang baik daripada warga muslim Malaysia dan juga muslim-muslimah "international".
Galeri Program:

Subscribe to:
Posts (Atom)