April 24, 2010

Winter Break Survey

Salam 1Malaysia everyone!

Winter's coming and we are very sure some of you might be struggling thinking of where your next destination of choice to spend your break at. Haven't gotten any idea yet?

No worries. 

We have a very nice plan for you! It's a one day trip to Deborah Bay, Dunedin. There are a lot of activities you can join and spend your time there. 

Horse riding

Farm activities

Beach (picnic and sight seeing)


 Sounds and look interesting?

Are you interested? Please respond to this survey before 30th April 2010 by completing the poll at the right side of the blog (Under the Malaysian clock)! Your response is HIGHLY APPRECIATED.

NB: If this survey has a total of about 30 people who are interested in this activity, in God’s willing, it will be carried out. That’s why your vote count! 

If you have any questions, please do not hesitate to contact any of us.

Fairuz - sitifairuzlatif@yahoo.com.my

Nasira - teenqueen22@hotmail.com

Nadwanie - nadwanie@yahoo.com.my

Liz - liz.yani@gmail.com

Cheers!

April 22, 2010

Kenali Budaya Rewang

Sejarah rewang

Adat bantu membantu, mengerah tenaga di antara satu sama lain inilah yang dipanggil dengan istilah REWANG menjadikan ianya satu budaya dan adat yang unik dalam masyarakat Jawa. Penglibatan dalam aktiviti rewang seolah-olah menjadi satu yang wajib dan menjadi satu kesalahan yang besar jika ada mana-mana anggota keluarga yang tidak dapat menghadirkan diri dengan alasan yang konkrit.

Misi Amal, Ziarah dan Dakwah

Tatacara adab bergaul dengan masyarakat ada disebut dan dibincangkan di dalam kitab Sairu As-Salikin karangan Syeikh Abdul Samad Palembagi. Beliau membahaskan adab yang bagaimana untuk kita dibolehkan bergaul dengan masyarakat atau tidak. Pertamanya, tidak dibolehkan sekiranya aktiviti tersebut bercampur dengan perkara-perkara maksiat dan boleh merosakkan akhlak, iman & amal. Keduanya dibolehkan atas dasar ta’awun iaitu bertolong-tolongan dalam perkara kebaikan.

Antara lain yang menjadi tarikan anak muda ialah hiburan. Makanya, mana-mana majlis yang tiada hiburan maka kuranglah anak-anak muda yang hadir. Antara hiburan yang dimaksudkan ialah seperti kumpulan kugiran, kuda kepang, joget lambak dan sebagainya. Maka disinilah kita dapat melihat peranan dakwah yang sesuai agar hiburan-hiburan yang melalaikan ini dapat diubah konsepnya kepada hiburan yang lebih Islamik.

Maka jika kita melihat dengan lebih dekat lagi sebenarnya budaya rewang ini merupakan satu medan amal yang besar kerana aktiviti bergotong royong memang menjadi satu amalan masyarakat Melayu umumnya dan budaya rewang ini juga dapat dijadikan satu medan dakwah diperingkat keluarga dan sanak saudara. Maka itulah misi amal, ziarah dan ukhwah menjadi keutamaan kita sebelum mendahulukan nilai adat dan budaya setempat.

Sumber: Budaya Rewang

April 3, 2010

Cuti-Cuti Dunedin

Salam 1Malaysia!

Kelab UMNO Otago NZ mengucapkan selamat bercuti sempena Easter break selama seminggu! Hati-hati menuju ke destinasi percutian masing-masing dan jangan lupa memaklumkan percutian anda kepada keluarga di rumah, sahabat-sahabat terdekat dan pihak atasan ya!

Jangan lupa ole-ole untuk kami di sini juga!