May 28, 2011
Yang lama bertukar baru, legasi diteruskan; 2011
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu 1Malaysia kepada semua pengunjung blog UMNO Otago. Mesti ramai yang tertanya-tanya apa dah jadi dengan UMNO Otago? Blognya sepi tanpa berita..dah terkubur atau masih aktif berjalan? Di pihak sidang ridaksi kami memohon maaf atas kesunyian yang berpanjangan. Hakikatnya Kelab UMNO Otago masih aktif dan kini, tahun 2011 menampilkan barisan peneraju kelab yang baru. Legasi bertukar tangan namun perjuangan dan semangat masih sama. Yang pasti legasi ini bukan legasi lalang. Pelbagai aktiviti menarik telah diatur bagi mewarnai tahun 2011. Terima kasih kepada semua yang menyokong Kelab UMNO Otago selama ini. Diharapkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dapat mengeratkan hubungan, merapatkan jurang sesama kita serta membolehkan kita berkongsi rasa sebagai anak Malaysia di bumi New Zealand.
Subscribe to:
Posts (Atom)