June 8, 2009

Ulasan Soccer Social League

Ulasan Bola Sepak Social League

Dalam perlawanan minggu ke-3 pada 9 Mei bertempat di Logan Park,Pasukan Levin Dimante tumpas kepada The Scorpion 3-11.Walaupun kekalahan ini merupakan rekod terburuk pada musim ini,Kapten pasukan Mohd Amin gembira dengan perlawanan tersebut.3 gol yang disumbangkan oleh Buk masih belum cukup untuk menggentarkan pasukan lawan.Banyak factor yang perlu dikaitkan dengan kekalahan pasukan kita kali ini.

Nama

Rating

Faried

6(paling banyak bolos gol)

Paan

6

Jonaid

6

Aiman

7

Wado

6

Amin

7

Buk

6

Iqbal

6

Amir

6

Cash

-

Faza

6

Kidir

7

Hikmat

6


Rating Max - 10 


Pemain terbaik perlawanan- Setelah menilai perlawanan yang penuh dramatik tersebut,Saudara Amin dipiih menjadi pemain terbaik(mungkin Faried cemburu dengan keputusan ini tetapi Faried perlu cuba lagi lain kali).Walaupun bolos beberapa gol akibat padang yang becak,Amin masih lagi dapat bermain hamper sepenuh masa dan memberikan arahan kepada semua pemain.Saudara Wado yang begitu kecewa dengan beberapa percubaannya yang terkena tiang gol dan tersasar menenangkan diri di luar padang di samping isteri yang tercinta yang turut hadir pada perlawanan tersebut.(menaikkan moral dan prestasi)

Pemain harapan-Saudara Kidir yang bertindak seperti Rio Ferdinand atau pun lebih popular di Terengganu sebagai Zainal Abidin Hassan bertindak sebagai pemain pertahanan terbaik dan penjaga gol.Gerak gaya Faried yang yang lincah seperti Daniel Alvies dari bahagian pertahanan membawa bola ke gawang gol lawan seterusnya membuat hantaran cantik sebelum disambar oleh Buk untuk menghasilkan gol yang cantik.Faried mungkin dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan sekiranya dia menjaringkan gol pada minit-minit terakhir namun bola tersebut terhalang oleh Buk yang secara tiba-tiba berada di hdapan gol lawan.

Pemain yang perlu diberi perhatian-Ketiadaan Cash Fabregas yang mempunyai komitmen lain pada hari itu sebenarnya faktor utama kekalahan pasukan Levin Dimante.Banyak hantaran-hantaran dari bawah tidak dapat di hantar ke bahagian serangan.Tahniah kepada Faza yang berjaya menghadirkan diri pada perlawanan ini namun begitu beliau masih lagi mempunyai masalah untuk berhenti daripada merokok.Diharapkan pada masa-masa akan datang lebih banyak sokongan daripada penyokong-penyokong kerana kehadiran anda semua mampu mengubah situasi.

Berikut adalah gambaran perlawanan.

Hitam itu menawan - rasa-rasanya Paan paling hensem sebelum semasa dan selepas perlawanan


Paan yang berpura-pura menjaga gawang gol. Amin mantap menjaga pemain pasukan lawan

Farid yang cuba naik ke atas membantu rakan-rakan

Pemain yang sudah lama tidak menunjukkan skil mantap -Kidir