August 13, 2009

Ulasan Soccer Social League

Dalam perlawanan minggu ke-  pada 1 August 2, 2009  bertempat di Logan Park,Pasukan Levin Dimante telah menunjukkan kehebatan mereka yang sebenar. Dalam perlawanan tersebut semua pemain menunjukkan teamwork yang amat membanggakan. Semua pemain bermain dengan sepenuh hati dan mengerah semua kerinagt yang termampu walaupun ada sebahagian pemain yang masih tidak berasa letih kerana sebab-sebab yang perlu di rahsiakan. 

Pada hari tersebut, Levin Diamante telah bermain dua perlawanan berturut-turut dimana mencatatkan satu kemenangan dan satu keputusan seri. Perlawanan pertama berdepan dengan pemain-pemain Turkish kebab adalah permainan terbaik setakat ini bagi Levin Diamante dengan kemenangan 3-2. Manakala pada perlawanan kedua semua pemain menunjukkan semangat tidak mudah mengalah yang sangat amat lagi perlu di puji. Selepas ketinggalan 2-0 pada masa pertama, semua pemain bermain habis-habisan pada separuh masa kedua walaupun kepenatan dan mampu mencatat keputusan seri 2-2. 

Nama

Rating

Faried

7

Paan

8

Jonaid

7

Aiman

7

Wado

6.5 ( banyak jatuh dan terlepas peluang dan mengambil peluang berehat panjang kerana sebab-sebab tertentu)

Amin

7.5

Buk

7

Iqbal

6

Amir

( digugurkan kerana masalah kecederaan lutut yang serius)

Cash

( meninggalkan Dunedin tanpa sebab yang jelas )

Faza

( tidak mampu membalas txt Buk kerana kurang stamina)

Kidir

8

Hikmat

(menjalani rawatan gigi dipercayai kerana teknik gosokan gigi yang salah)

Rating Max - 10 

Pemain terbaik perlawanan - Pemergian Hatimi Tukiman memberi tamparan hebat kepada pasukan bola Dunedin untuk tempoh masa yang agak lama namun selepas perlawanan ini nampaknya Dunedin sudah menjumpai Hatimi kedua. Buk membuktikan keupayaan sebenar beliau dengan menjaringkan 4 gol walupun bermain sebagai midfilder. Buk sangat meminati Ibrahimovic dan beliau ingin menjadi seperti player Inter Milan tersebut sehinggakan beliau sanggup menggunakan team Barcelona  bila bermain Pro E hanya kerana Ibrahimovic sudah berpindah ke Barcelona.

Defender pun diharapkan dapat mengekalkan permainan cemerlang untuk perlawanan-perlawanan terakhir sebelum ramadhan ni.Khidir,amin,paan dan player hebat kite iaitu saudara Faried yang mengekalkan posisi pemain utama pertahanan.Walaupun saudara Faried sebenarnya ingin mencuba posisi baru yang difikirkan sesuai dengan jiwanya iaitu striker utama,Kapten Mohd Aminudin bertegas bahawa Faried memang sesuai bermain sebagai defender kerana tubuh badannya yang montok lagi sasa mampu mencairkan jentera serangan pihak lawan.

Striker otai Levin Dimante,Wado masih lagi mengancam dengan menghasilkan satu jaringan yang cantik setelah mendapat bola yang cantik daripada Iqbal.(need citation)Brother jonaid dan Aiman merupakan salah satu aset penting bagi pasukan kita. Berbekalkan stamina gajah, 2 jam masa bermain diibaratkan seperti 30 minit sahaja.

Perlu diberi perhatian: Saudara Faza perlu memantapkan lagi stamina walaupun tidak bermain pada minggu ini. Saudara Amir juga perlu mengambil inisiatif turun padang untuk memberikan sokongan kepada rakan seperjuangan.Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh saudara Amir ialah membancuh air dan mengurut kaki player-player sebelum separuh masa kedua.

Tidak lupa juga kepada saudari Athirah yang sudi mengambil gambar pemain-pemain pada hari itu dan Kepada saudari Zaireen pula, sebotol air mineral yang dibekalkan masih tidak lagi cukup untuk menaikkan semangat pemain-pemain untuk mempamerkan aksi luarbiasa.Diharapkan lebih ramai penyokong-penyokong sudi hadir bagi memeriahkan suasana sebelum season berakhir...