October 19, 2008

Sempena musim peperiksaan...

Kelab UMNO Otago ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan kepada rakan-rakan pelajar University of Otago yang akan menduduki peperiksaan pada minggu hadapan dan semoga posting in belum terlambat kepada mereka yang telah mula menduduki peperiksaan pada Jumaat minggu lepas.

Sepanjang musim peperiksaan ini, sila pastikan kesihatan terjaga, makan minum dan tidur cukup. Berdoalah kepada Allah SWT agar diterangkan hati, dipermudahkan menjawab soalan-soalan dan dikurniakan kejayaan pada hari peperiksaan nanti . Allah SWT Maha Adil - Usaha dan kerja keras pasti akan mendapat ganjaran dari-Nya.

Nervous - berkongsilah jika ada masalah dengan ibu bapa dan kawan-kawan. Telefon ibu bapa dan mintalah agar mereka doakan kejayaan kita di sini. Keberkatan mereka adalah penting untuk mencapai kejayaan di dalam hidup ini.

Sesiapa yang ingin berkongsi tip-tip peperiksaan, bolehlah memberi komen di akhir posting ini nanti. Tips peperiksaan sangat dialu-dialukan supaya kita dapat berkongsi bersama rakan-rakan yang lain.

"Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya". Kepada rakan-rakan, berusaha keras lah sekarang, tenang dan yakin di hari peperiksaan nanti serta tawakkal kepada Allah SWT.

Insya Allah semua akan berjalan lancar mengikut perancangan masing-masing.


Presiden
Kelab Umno Otago

DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”

Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”

Doa memohon kejayaan cemerlang:

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”

1 comment:

Anonymous said...

All the best semua!