March 31, 2009

Soccer Social League

Soccer social league

 

Nama team: Levin Diamante

 

Penaja minuman: Kelab Umno Otago (looking for other penaja, mungkin Persada)

 

Wado: Selaku manager dan orang kuat team. Posisi center forward. Antara striker yg paling licik yg pernah Dunedin ada. Sudah berkahwin tetapi khidmatnya masih lg perlukan. Mempunyai ability licik yg berupaya mnjauhkan defender lawan seterusnya mnjarngkan goal kemenangan.

 

Payed: Selaku coach, dilantik secara mengejut kerana berpengalaman bermain football manager(x pernah menang pon). Player yang paling versatile, dapat main dimana-mana posisi. Pernah menjaringkan 3 gol sendiri(ProE).

 

Amin: Selaku kapten berpengalaman, beliau tidak syak lagi sebagai antara player yg paling penting dalam pasukan. Mempunyai 6 pads yang menggerunkan pihak lawan. Player yg paling brsemangat yg dapat memberi inspirasi kepada rakan sepasukan(kadang-kadang pihak lawan). Posisi defensive midfielder.

 

Abe Cash: Player yg paling veteran dan paling berpengalamn. Walaupon memiliki physical yg paling tough, tetapi berhati lembut. Rahsia kehebatan adalah memakai boot yang disalotape biru. Bermain sebagai playmaker dan attacking midfielder. Player idola adalah Philippe Senderos!

 

Khidir: Player berkulit putih ini mempunyai ciri2 pemain eropah. Pernah diintai jurulatih Terengganu tetapi menolak kerana ingin meneruskan career sebagai pemain ping pong handalan. Posisi central defender.

 

Abe Amir: Skilnya yg hebat selalu dibandingkan dgn Leonel Messi. Selalu membaca doa sebelum masuk padang. Dianggap sebagai pemimpin semulajadi pasukan. Bermain sebagai Shadow Striker tapi kadang2 tenggelam dalam bayangan sendiri sehngga mengelirukan teammate.

 

Boss: Player misteri yang sangat popular satu ketika dahulu. Tidak dapat digambarkan ciri2nya kerana terlalu misteri.

 

Paan: Pemain berkaca mata ini kental diatas padang. Mengamal perubatan tradisional seperti minyak gamat, Chinese cabbage dan 4 sekawan(rempah sup) sebelum subuh . Posisi defender dan juga gol keeper dan kadang2 mnjadi gol post.

 

Buk: Player yg bermuka timur tengah ini boleh mnggelecek pihak lawan dgn muda. Antara ayam tambatan pasukan. Kelajuannya digeruni lawan dan dihormati kawan. Saudara seperguruan dgn paan dalam mngamalkan perubatan tradisional(3 kul sblm tidur).Posisi wing forward.

 

Faza: Player yg paling muda dan player harapan. Diserap masuk ke skuad senior berdasarkan prestasi cemerlang dalam pasukan akedemi. Slalunya mnjadi ayam tambatan dalam 5 minit pertama shj (kurang stamina) . Posisi bebas.

 

Iqbal: Player berfizikal hebat dan paling aggressive. Baru mendapat jawatan ISO dan diharap dapat menaikkan semangatnya di padang.Posisi lone striker (sbb kurang passing dekat teammate masa bermain).

 

Jonaid Alam: Player import dari india. Mempunyai stamina gajah walaupon mempunyai tubuh yg kecil. Posisi right defender. Diharap perkahwinannya baru2 ini dapat membantu prestasi di atas padang.

 

Hikmat: Player import dari Afghanistan. Dulu hanya menjadi butcher di masjid tetapi bakat terpendam beliau dapat dihidu oleh coach Payed semasa membayar hutang daging di masjid.Posisi central midfielder.

 

Mahmood Osman: Player import dari Somali. Kehebatannya slalu dibandingkan dengan Adebayor (striker Arsenal) tetapi kerana tubuhnya paling tinggi dalam pasukan maka beliau terpaksa mnjadi gol keeper. Mempunyai senyuman manis yg paling obvious di waktu malam .

  

We are playing every Saturday morning. U all are invited to come and give ur support.

 

If u can’t come during the match don’t worry we are reporting the match on UMNO blog.

 

Untuk makluman masa bermain sila check laman web Unipol atau hubungi terus saudara wado di 0210595504

 

Majulah sukan untuk Dunny!!!!!!

March 29, 2009

Resepi #2: Lemak Cili Api


Mari Main Masak-masak bersama Ben

 

Daging masak lemak cili api (sempena WPI pertama)

 

Tak pasti dari negeri mana asalnya lauk ini, tapi yang nyata boleh dikatakan lauk yang biasa dihidangkan di Malaysia. Lauk ini tidak rumit dan jika tahu cara membuatnya, sedikit sebanyak boleh mengubat “homesickness”.

Bahan – bahan (untuk 4-5 orang....... lelaki):

  • ½ kg daging lembu (dipotong kecil  ~ 1 inci panjang)
  • 125 ml santan
  • 1 inci lengkuas (boleh dibeli di Siew Hoy atau Fullhouse Asian Grocery. Lebih molek jika lengkuas beku, dan  bukan yang dikeringkan)
  • 1 batang serai
  • 8 biji cili api hijau (saya orang Jawa+Minangkabau. Kepedasan 8 biji cili api masih boleh dikawal. Jika khuatir, gunakan 6 biji sahaja)
  • ¼ biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji kentang (potong 8)
  • 1 keping asam keping (you’re doomed if you don’t have this because I never manage to find it in all the asian groceries I’ve been to)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  1. Kisar bawang besar, bawang putih, lengkuas, dan cili api dengan dengan sedikit santan.
  2. Ketukkan serai.
  3. Campurkan serai, bahan kisar, serbuk kunyit, daging, kentang, dan santan selebihnya ke dalam periuk.
  4. Masak sehingga kentang dan daging empuk. Tambahkan garam.

Mudah bukan? Hanya kisar, gaul, dan tinggal. Lauk yang sesuai dimasak tatkala kesempitan masa.

*125 ml santan mungkin tidak cukup pekat. Selalunya, rasa kuah agak ‘hilang’ bila dimakan dengan nasi, walaupun rasa sudah cukup bila dicuba ketika memasak. 250 ml santan mungkin lagi molek.

**Tambahkan air jika kuah terlalu sedikit tetapi kentang atau daging masih belum empuk.

***Asam keping boleh digantikan dengan daun limau (kaffir leave) ataupun air asam jawa. Asam keping paling sesuai kerana ia kering tapi tebal, lalu memang baik sebagai slow-release rasa masam. 

****Gambar di atas bukan milik saya.

CyberCorner #2: CPU


            Assalamualaikum and salam sejahtera. Ipin kembali dengan al-kisah cybernya. Hari ini kita akan bincang pasal the brain of the computer- Central Processing Unit (CPU).


             CPU ni ada banyak sejarahnye. In the early days CPU was the size of a room! Now, it could be the size of a beetle! I tak nak cakap banyak pasal miscellaneous stuff, so I’ll get to the most important part- what u need to see when choosing a CPU.

            CPU ni ade banyak brand. The most prominent brands are Intel and AMD. I recommend choosing either one of them, but just to let you know, most people use Intel. Reasons? Intel is cheaper. Walaupun murah, ia dah terbukti efficient and worth the money. Processing ability pun tak jauh beza dengan AMD. Lagi pun Intel ni one of the pioneer dalam business CPU ni. Unfortunately, there have been reports of problems such as cooling mechanism. Well, if you are not a gamer or doing heavy programs, this issue won’t bother you. What about AMD? Well, it have been reported that AMD has much better processing ability but with a higher price. It has better power consumption and cooling system too. If you’re into gaming, this chip is the right one for you.

            One more important thing you need to know about CPU is the type. Currently CPU ade single core ( kalau Intel, it is called Celeron). I suggest never to buy this type pada zaman ini. Dah lapok gile! Bende-bende basic kat computer pun lembab nak jalan. Lepas tu kita ade dual core. I recommend people buying this. It is good for basic programs and adequate for high end games. Heat production pun sustainable.

            Higher performance CPU macam quad core laju but generate more heat which could damage the computer. Anybody buying this type of CPU must invest money in a high quality cooling system such as liquid nitrogen cooling system (OMG! The coldest substance in the world!). If you plan on fully experience the thrill of gaming, this one is for you (and be ready to say goodbye to your lovely money).

            Ini aje untuk minggu ini. Jumpa lagi pada masa hadapan!

 

 

March 28, 2009

Mengetahui Sejarah – Syair Imam Syafie


Minggu 3- Mengetahui Sejarah – Syair Imam Syafie


 Terjemahan secara keseluruhan

  • Bukanlah insan dan bukan juga alim ..
  • orang yang dirinya jahil sejarah
  • dan sesiapa yang arif sejarah orang-orang terdahulu ..
  • sesungguhnya ia telah menambah umur-umur mereka kepada umurnya

 

Terjemahan Satu Persatu

ليس ب Bukanlah/tidaklah

إنسان Manusia/insan

و dan

لا bukanlah (juga)

عالم orang yang berilmu

من orang

لا  (yang) tidak

يعي mengetahui

التاريخ sejarah

في dalam

صدر + ه hati + nya

و dan

من barangsiapa

درى mengetahui

أخبار khabar-khabar/berita-berita

من orang

قبل + ه sebelum + nya

أضاف Dia menambah

أعمارا umur-umur

إلى kepada

عمر + ه umur + nya

 

Minggu depan kita introduce conversational Arabic, kita terangkan benda-benda yang orang Arab suka cakap tapi kita tak faham , contohnya masa Eid, mereka suka cakap benda-benda tapi kita tak tahu nak reply macam mana. Nantikanlah…

March 24, 2009

WPI #1: Surviving in Dunedin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

WADAH PERKONGSIAN ILMU (WPI)

Anda pelajar tahun pertama Uni of Otago? Pertama kali ke luar Negara? Ataupun Dunedin? Dan pastinya banyak soalan yang bermain dalam fikiran anda.. Segala soalan anda boleh diajukan kepada ahli panel dengan menghadiri Wadah Perkongsian Ilmu pada Ahad ini, 29 Mac 2009 anjuran KELAB UMNO OTAGO.

Antara topik yang dibincangkan :

l      SURVIVING Health Science & First Year (Tips penting) by Nurulain

l      WINTER in Dunedin (Risaukan winter??) by Praveene

l      FLAT hunting, Ticket finding and Traveling (Nak balik Malaysia??) by Ameline

l      SUMMER in Dunedin (Nak dapat banyak $$$) by Faried

Tarikh: 29 March 2009 (Ahad)

            Tempat: Evison Lounge, Clubs and Socs Building

            Masa: 11a.m – 1p.m

 

SEBARKAN (jangan tak sebar!!) kepada rakan-rakan untuk memeriahkan aktiviti ini.

* Sebarang pertanyaan sila ajukan kepada Munir (0212320760), Sarah (02102473994)

March 23, 2009

Wadah Perkongsian Ilmu (WPI)

Salam & Greetings!!!

New event to be organized soon...

Wadah Perkongsian Ilmu (WPI)
anjuran Biro Penerangan Kelab UMNO Otago

Objectives:
1. Providing a platform for academic and knowledge sharing session
2. Organizing 'kuliah agama' for Muslims
3. Enhancing post-under grad bond (and also PR)
4. Keep update with current issues (politics,econ,tech etc)
5. Discussion and critics of particular topic presented.

First session this Sunday 29 March 2009
Topic: Surviving in Dunedin

Future session proposals:
1. A session with first year students.
2. PPSMI* by Abang Sabry and Kak Lily (Early April)
3. Something about Islamic Banking in Malaysia by Abang Asri
4. Bengkel Penulisan Kreatif by Kak Dlyn (Malaysian Novelist)
etc...

We need your ideas and topic proposals to make this event happen!!!
Questions to ask? Contact Munir Muji (+642320760)
or if you have Facebook, share your thoughts here.


p/s: We need your responses!! :D

*Perlaksanaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

March 21, 2009

Bahasa Arab: Erti Nama #2

الأسبوع الثاني

 

Sambungan:

 مستورة (Mastura) Yang ditutupi /yang tersembunyi/ yang terlindung daripada kejahatan

 بدر (Badrun) Bulan

 عزات (Aizad) Kemulian/Keagungan

 فَيْصَل (Faisal) Yang menghakimi/membuat keputusan/pedang yang memotong/

 ناضلة (Nadhilah) Yang mendahului/yang mengalahkan orang lain

 نَّطْشُ (Natasha) Kekuatan dalaman/asas

 رويد (Ruwaida) Yang lembut

 رحمة (Rahmah) Kasih Sayang, Belas kasihan

 سيدتي (Siti) Penghulu perempuan saya

 نصرة (Nusrah) Perbuatan menolong sesuatu cthnyer agama, orang etc

 شهر الدين (Shahruddin) Bulan Agama

 شهيدة (Shahidah) Yang mati syahid

 صريح (Sharihan) yang jelas

 شريفة (Sharifah) Yang Mulia

 

Disclaimer: Terjemahan ini mungkin tidak tepat sepertimana yang difahami pemiliknya, maka jika ada apa2 isu silalah tulis di comment dan akan dibetulkan secepat mungkin. Nama-nama lain cuba diterjemahkan tetapi gagal samada kerana maknanya tidak begitu disenangi atau tidak wujud langsung dalam bahasa Arab atau penggunaannya adalah sangat jarang atau namanya tak ada dalam database. Next week buat aktiviti lain plak. Ada pandangan suruh aku letak nama nickname dan maksudnya supaya tahu betapa buruknya nickname, kalau dah nama nickname lagi lah susah nak ada maksud. Tambahan kalau nickname tu buruk, takkanlah aku nak bukak aib orang.

 

“Nama aku ada banyak makna lagi, makna dalam bahasa Melayu ko tak ambil kira lagi….”

 

(Kata-kata hikmah salah seorang daripada sahabat kita)

March 20, 2009

Resepi: Ayam Masam Manis


 Mari Main Masak-masak bersama Chef Benn

Sweet sour chicken”*

Bahan-bahan

  • ½ tin 250 ml nenas (dipotong dadu. Rebus dalam air dahulu jika tidak suka lidas)
  • 1 biji capsicum (dipotong dadu)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • ½ cawan tepung jagung (untuk gorengan ayam)
  • 1 sudu besar penuh tepung jagung (untuk sos)
  • 3 ½ cawan air
  • gula
  • 3 sudu besar cuka
  • ½ cawan sos aprikot (jenama Signature Range umpamanya)
  • ½ kilo daging ayam tanpa tulang
  • 1 ½ cawan tepung serbaguna
  • lada hitam (dikisar kasar)
  • garam
  • kicap pekat

Potong ayam kecil-kecil. Golekkan potongan ayam di atas campuran tepung jagung, tepung serbaguna, lada hitam, dan garam (secukup rasa). Panaskan minyak dan goreng semua ayam yang telah dipotong tadi.

Bagi sosnya, didihkan air dahulu. Masukkan cuka, sos aprikot, gula, dan garam. Suaikan citarasa anda dengan tambah sedikit-sedikit sos aprikot, gula, garam, dan/atau kicap pekat. Kecilkan api dan masukkan tepung jagung yang sudah dilarutkan dalam air sejuk. Masukkan juga potongan capsicum, nenas dan bawang besar. Apabila sos sudah capai tahap likat yang anda minat, tutupkan api.

Jika anda sukakan rasa rangup gorengan ayam tadi, biarkan sos sejuk sedikit sebelum dituangkan ke atas gorengan ayam tersebut.

Tetapi, jika anda lebih suka rasa masam manis sos itu menyerap masuk ke daging ayam, masukkan sahaja gorengan ayam ke dalam sos dan gaulkan dengan api kecil.

Jika mahu, hiaskan dengan hirisan daun bawang di atasnya.

*Gambar adalah cadangan untuk hiasan.