Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada 22 Mac 2009 yang lalu, Kelab UMNO Otago telah menganjurkan satu program kembara yang dinamakan ‘Mt. Cargill Tramping 2009’ bertempat di Mt. Cargill, gunung tertinggi di Dunedin. Sambutan agak menggalakkan walaupun cuaca diramal hujan renyai-renyai. Seramai 21 orang peserta telah menyertai aktiviti ini.
Tujuan aktiviti ini dianjurkan adalah untuk mengeratkan hubungan antara pelajar-pelajar junior yang baru tiba dari
Para peserta berkumpul di bangunan Clubs n Socs pada pukul 9.00 pagi untuk mendengar taklimat dan bertolak ke Bethunes Gully(
Perjalanan ke pucak gunung mengambil masa selama 1 jam 30 minit.
Selepas berehat selama 15 minit dan menikmati kudapan yang dibawa sendiri, para peserta mula bergerak turun ke kaki gunung. Perjalanan itu mengambil masa selama 30 minit. Setibanya mereka di kaki gunung, mereka telah disambut oleh beberapa orang senior yang membantu menyediakan BBQ sebagai makan tengah hari. Semua peserta mula bergerak pulang selepas selesai menjamu selera.
Maklum balas positif yang diterima dari para peserta tentang aktiviti ini menyemarakkan lagi hasrat para penganjur untuk menganjurkan program-program seperti ini di masa-masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
1 comment:
formatting cacat sikit sebab pc aku ada silap settings
Post a Comment