August 7, 2013

Selamat Hari Raya!!!

Buat makluman muslimin-muslimat semua, tarikh bagi sambutan hari raya pada tahun 2013 jatuh pada 9 Ogos yang akan datang. Jadi, di kesempatan ini, kami pihak KUO ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua muslimin dan muslimat yang berada di New Zealand terutamanya di Dunedin. 

Jadi, seperti tahun-tahun sebelum ini, sudah menjadi tradisi KUO untuk menganjurkan sambutan Hari Raya peringkat Dunedin dan Insyaallah pada tahun ini, majlis sambutan Aidilfirti akan diadakan seperti maklumat yang berikut:

Tempat = Al-Hambra Union Rugby Hall
Tarikh = 25 Ogos 2013
Masa = 11 am - 4 pm
Kod pakaian = Pakaian kebangsaan


Jadi apa tunggu lagi, ayuh lah beramai-ramai datang bagi memeriahkan sambutan yang julung-julung kali diadakan ini. Pelbagai juadah dan aktiviti menarik menanti anda. JUMPA DI SANA!!! :)

August 5, 2013

Bazaar Ramadan Kembali lagi!!!

       Seperti tahun-tahun sebelum ini, Pihak KUO telah menganjurkan lagi bazaar ramadan mini peringkat Dunedin. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mewujudkan suasana sambutan Ramadan seperti di Malaysia memandangkan kami pelajar-pelajar di sini amat jauh dari kampung halaman. Jadi, Bazaar ini dapat menjadi pengganti bagi mengubat kerinduan kami kepada tanah air. 

       Bazar ini dilakukan di Hunter Centre bagi memudahkan pengurusan dan peniaga-peniaga bazar ini terdiri dari kalangan pelajar-pelajar sendiri sama ada undergrad ataupun postgrad. Terdapat berbagai-bagai juadah berbuka puasa yang dijual seperti laksa, roti john, nasi lemak, cendol, kuih-muih dan macam-macam lagi.

       Sambutan program ini amat meriah di mana semua pelajar tidak kira bangsa datang untuk membeli dan menikmati makanan-makanan rakyat Malaysia yang susah untuk didapati di New Zealand ini. 




















August 1, 2013

Majlis berbuka puasa perdana

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, pada 21 Julai 2013 pihak KUO dengan kerjasam OUPersada, Sarjana dan OMSA telah berjaya melaksanakan program iftar atau berbuka puasa perdana di Dunedin. Suasana Iftar dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa VIP yang turut sama-sama menyertai program iftar kali ini.

Antara VIP yang hadir ialah:

1) Her Excellency Mrs. Rosmidah Zahid (High Commissioner of Malaysia to New Zealand)
2) Mr James Koh (Counsellor (Political & Economic) & Head of Chancery)
3) Encik Mohd Erfino Johari (Director, Education Malaysia New Zealand)
4) Mrs. Hjh. Salmah Kassim (Education attache, Education Malaysia New Zealand)

Objektif majlis ini adalah:


            1.   Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama umat Islam dan juga yang bukan Islam.
            2.   Menyemarakkan bulan Ramadhan dengan aktiviti yang bermanfaat
            3.   Menggalakkan kebersamaan pelajar dalam menyambut bulan Ramadhan
            4.   Meningkat motivasi pelajar untuk terus berusaha dalam ibadah dan juga pelajaran masing-                             masing.        

Aturcara program seperti berikut:



4.15 ptg - Ketibaan tetamu
4.45 ptg - Persiapan berbuka
5.15 ptg - Solat Maghrib
5.45 ptg - Ucapan Pengerusi Majlis
5.50 ptg - Ucapan PYT Ambassador
6.10 ptg - Iftar
7.00 mlm – Sesi soal dan jawab bersama Ustaz Erfino dan PYT Ambassador

8.00 mlm - Solat Isya' dan Tarawih
9.00 mlm - Moreh & Majlis bersurai




        Hampir kesemua pelajar di dunedin turun bagi memeriahkan program iftar ini tidak kiralah melayu,cina,india dan bumiputra. Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pihak dan matlamat perlaksanaan program ini juga tercapai. Kami berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Sekian.

Galeri gambar