Seperti tahun-tahun sebelum ini, Pihak KUO telah menganjurkan lagi bazaar ramadan mini peringkat Dunedin. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mewujudkan suasana sambutan Ramadan seperti di Malaysia memandangkan kami pelajar-pelajar di sini amat jauh dari kampung halaman. Jadi, Bazaar ini dapat menjadi pengganti bagi mengubat kerinduan kami kepada tanah air.
Bazar ini dilakukan di Hunter Centre bagi memudahkan pengurusan dan peniaga-peniaga bazar ini terdiri dari kalangan pelajar-pelajar sendiri sama ada undergrad ataupun postgrad. Terdapat berbagai-bagai juadah berbuka puasa yang dijual seperti laksa, roti john, nasi lemak, cendol, kuih-muih dan macam-macam lagi.
Sambutan program ini amat meriah di mana semua pelajar tidak kira bangsa datang untuk membeli dan menikmati makanan-makanan rakyat Malaysia yang susah untuk didapati di New Zealand ini.
No comments:
Post a Comment