August 25, 2014

Majlis Jamuan Hari Raya Bersama Delegasi Jabatan Perdana Menteri

PENGANJUR : Malaysian Student Council (MSC Otago) – KUO, OMSA, OU Persada, Sarjana Otago
TARIKH PROGRAM: 12 Ogos 2014



Majlis jamuan hari raya bersama delegasi Jabatan Perdana Menteri dijalankan bertujuan untuk beramah mesra dan memberi peluang kepada para pelajar Malaysia di Otago; pra-siswazah dan pasca siswazah bertukar-tukar pendapat dan mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan akademik dalam satu sesi soal jawab.

Para pelajar juga berpeluang memberi cadangan-cadangan yang boleh meningkatkan kualiti pembelajaran di Otago di samping mempromosikan University of Otago sebagai salah sebuah universiti yang termasyhur di New Zealand kepada bakal pelajar-pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara.

Pihak MSC Otago berasa sangat bertuah dan berterima kasih kepada wakil-wakil Jabatan Perdana Menteri serta pihak EMNZ yang sudi menziarahi kami di bumi Otago ini serta menghadirkan diri ke majlis tersebut.
Terima kasih.


 


Hari Raya Aidilfitri Otago: “#rayaumnootago14”

TARIKH PROGRAM : 3 Ogos 2014

KUO sekali lagi bersama OU Persada dan Sarjana Otago telah bekerjasama untuk menjayakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan menjemput semua warga Malaysia di Dunedin.

Majlis tersebut merupanakan satu-satu anjuran tahunan bagi KUO. Walaupun berada di perantauan, para hadirin dapat menikmati juadah tradisional tanah air, menyambut beramai-ramai hari yang istimewa ini serta meningkatkan perpaduan antara rakyat Malaysia di sini tak kira bangsa atau kaum.  Malah, ia juga merupakan satu peluang bagi kami untuk mempromosikan budaya dan negara kita kepada rakyat New Zealand.

Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan memdapat sambutan yang sangat baik.

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin.








                                                 







August 24, 2014

Iftar: “Kita-Kita Aje"


TARIKH PROGRAM: 20 Julai 2014

Pihak KUO telah mengadakan majlis berbuka puasa bagi rakyat muslim Malaysia di Dunedin pada Ramadhan 2014. Dengan kerjasama dari pihak OU Persada serta Sarjana Otago, program tersebut telah berjaya dijalankan dengan lancar, dengan menu yang istimewa disediakan :Nasi Kerabu Perantauan.

Program tersebut telah berjaya memperkukuhkan hubungan antara ahli-ahli kelab tersebut dengan sama-sama berkerjasama untuk memasak hidangan bagi majlis tersebut. Dengan menunaikan solat berjemaah, tilawah al-Qur'an, dan mendengar tazkirah, para hadirin juga dapat beribadah bersama sebagai sambutan bulan puasa.


GALERI:






August 22, 2014

Majlis Suai Kenal Bersama EMNZ & Kursus Pengurusan Jenazah

TARIKH PROGRAM: 17 Mei 2014

KUO bersama OU Persada telah mengadakan majlis suai kenal bersama EMNZ yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan beramah mesra di antara para pelajar dan pegawai EMNZ. Pada waktu yang sama, program ini juga dianjurkan untuk mengalu-alukan kedatangan Pegawai Atase Pendidikan yang baru, iaitu Puan Suraya Sari. 


Kursus Pengurusan Jenazah juga telah diadakan pada hari yang sama demi memberi manfaat kepada para peserta dengan memberi merea peluang untuk mendalami perkara-perkara berkaitan dengan pengurusan jenazah. Kursus ini pernah dianjurkan pada dua tahun yang lepas, dan oleh kerana para pelajar berminat untuk menyertai program ini lagi, kursus ini telah diadakan juga pada tahun ini dengan aspek praktikal dimasukkan.

----------------------------------------------------------------------------------------

PENGISIAN PROGRAM:

10:30:Kehadiran para pelajar dan para jemputan
11:00 a.m.: Pembacaan doa 

11:05 a.m.: Ucapan / sesi suai kenal bersama Ustaz Mohd Erfino Johari (Pengarah EMNZ) dan Puan Suraya Sari (Atase Pendidikan).
1:00 p.m: Makan tengahari
2:00 p.m: Ceramah
“Penghormatan Sesama Insan” oleh Ustaz Erfino 

3:00 p.m: Sesi soal jawab
4:15 p.m: Sesi praktikal mengkapankan jenazah. 

5:00 p.m: Makan dan bersurai

Secara keseluruhannya program ini telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna dan matlamat program telah berjaya dicapai.

Galeri Majlis:





“Reviving the Quranic Generation” & “Before I Say I Do”

TARIKH PROGRAM: 24 April 2014

Anjuran ISMA NZ dengan kerjasama dari pihak KUO, Persatuan Siswa-Siswi Dunedin (OU Persada) dan Brunei Student Association, program “Reviving the Quranic Generation” & “Before I Say I Do”, sebuah sesi perkongisan ilmu telah diadakan.

Program tersebut disampaikan oleh tetamu jemputan Dr Fatimah Zaharah Rosli dan merangkumi pengalaman beliau - bagaimana beliau tertarik untuk mendalami ilmu al-Quran yang telah membolehkan beliau menghafal 30 juz’ al-Qur’an sewaktu pengajiannya dalam bidang perubatan di Mesir.

“Before I Say I Do” adalah sesi Q&A tentang persediaan, masalah dan persoalan yang timbul ketika seseorang ingin ke alam pernikahan, termasuk cara menjaga pergaulan, ilmu yang perlu difasihi dan sebagainya yang juga disampaikan oleh Dr Fatimah Zaharah.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan semangat kaum muslimin mendalami dan mengahafal al-Qur’an sertamemberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan informasi tentang perkara  yang perlu didalami sebelum memasuki alam berumahtangga.

Program ini telah menapat sambutan yang baik daripada warga muslim Malaysia dan juga muslim-muslimah "international".

Galeri Program:






Mini Marathon “Langkah Seribu BBQ Dituju”



TARIKH PROGRAM: 6 April 2014

Aktiviti ini telah melibatkan para peserta merentas desa yang bermula di hadapan Unipol dan berakhir di Union Lawn dengan menggunakan laluan Marina Bay.

Para peserta berkesempatan menikmati keindahan semulajadi serta mengeratkan hubungan silaturrahim melalui semangat kesukanan. Aktiviti ini juga dapat menggalakkan pengamalan gaya hidup yang sihat di kalangan pelajar.

Hidangan barbeque telah disediakan oleh pihak penganjur kepada para peserta sebaik
sahaja aktiviti berakhir dan hadiah telah disampaikan kepada tiga peserta awal yang tiba ke garisan penamat (kategori lelaki dan wanita).

Secara keseluruhannya program ini telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna dan matlamat program telah berjaya dicapai.


Gambar Aktiviti:




 

August 7, 2013

Selamat Hari Raya!!!

Buat makluman muslimin-muslimat semua, tarikh bagi sambutan hari raya pada tahun 2013 jatuh pada 9 Ogos yang akan datang. Jadi, di kesempatan ini, kami pihak KUO ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua muslimin dan muslimat yang berada di New Zealand terutamanya di Dunedin. 

Jadi, seperti tahun-tahun sebelum ini, sudah menjadi tradisi KUO untuk menganjurkan sambutan Hari Raya peringkat Dunedin dan Insyaallah pada tahun ini, majlis sambutan Aidilfirti akan diadakan seperti maklumat yang berikut:

Tempat = Al-Hambra Union Rugby Hall
Tarikh = 25 Ogos 2013
Masa = 11 am - 4 pm
Kod pakaian = Pakaian kebangsaan


Jadi apa tunggu lagi, ayuh lah beramai-ramai datang bagi memeriahkan sambutan yang julung-julung kali diadakan ini. Pelbagai juadah dan aktiviti menarik menanti anda. JUMPA DI SANA!!! :)

August 5, 2013

Bazaar Ramadan Kembali lagi!!!

       Seperti tahun-tahun sebelum ini, Pihak KUO telah menganjurkan lagi bazaar ramadan mini peringkat Dunedin. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mewujudkan suasana sambutan Ramadan seperti di Malaysia memandangkan kami pelajar-pelajar di sini amat jauh dari kampung halaman. Jadi, Bazaar ini dapat menjadi pengganti bagi mengubat kerinduan kami kepada tanah air. 

       Bazar ini dilakukan di Hunter Centre bagi memudahkan pengurusan dan peniaga-peniaga bazar ini terdiri dari kalangan pelajar-pelajar sendiri sama ada undergrad ataupun postgrad. Terdapat berbagai-bagai juadah berbuka puasa yang dijual seperti laksa, roti john, nasi lemak, cendol, kuih-muih dan macam-macam lagi.

       Sambutan program ini amat meriah di mana semua pelajar tidak kira bangsa datang untuk membeli dan menikmati makanan-makanan rakyat Malaysia yang susah untuk didapati di New Zealand ini. 




















August 1, 2013

Majlis berbuka puasa perdana

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, pada 21 Julai 2013 pihak KUO dengan kerjasam OUPersada, Sarjana dan OMSA telah berjaya melaksanakan program iftar atau berbuka puasa perdana di Dunedin. Suasana Iftar dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa VIP yang turut sama-sama menyertai program iftar kali ini.

Antara VIP yang hadir ialah:

1) Her Excellency Mrs. Rosmidah Zahid (High Commissioner of Malaysia to New Zealand)
2) Mr James Koh (Counsellor (Political & Economic) & Head of Chancery)
3) Encik Mohd Erfino Johari (Director, Education Malaysia New Zealand)
4) Mrs. Hjh. Salmah Kassim (Education attache, Education Malaysia New Zealand)

Objektif majlis ini adalah:


            1.   Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama umat Islam dan juga yang bukan Islam.
            2.   Menyemarakkan bulan Ramadhan dengan aktiviti yang bermanfaat
            3.   Menggalakkan kebersamaan pelajar dalam menyambut bulan Ramadhan
            4.   Meningkat motivasi pelajar untuk terus berusaha dalam ibadah dan juga pelajaran masing-                             masing.        

Aturcara program seperti berikut:



4.15 ptg - Ketibaan tetamu
4.45 ptg - Persiapan berbuka
5.15 ptg - Solat Maghrib
5.45 ptg - Ucapan Pengerusi Majlis
5.50 ptg - Ucapan PYT Ambassador
6.10 ptg - Iftar
7.00 mlm – Sesi soal dan jawab bersama Ustaz Erfino dan PYT Ambassador

8.00 mlm - Solat Isya' dan Tarawih
9.00 mlm - Moreh & Majlis bersurai




        Hampir kesemua pelajar di dunedin turun bagi memeriahkan program iftar ini tidak kiralah melayu,cina,india dan bumiputra. Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pihak dan matlamat perlaksanaan program ini juga tercapai. Kami berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Sekian.

Galeri gambar





July 10, 2013

Pertandingan Debat Ala-Parlimen

Pada 4-5 Julai 2013 yang lalu, Kelab UMNO Otago telah menghantar pasukan bahas untuk bertanding dalam pertandingan bahas ala parlimen yang merupakan acara tahunan sempena Bersatu Games. Ianya melibatkan perlawanan antara Kelab-kelab UMNO di seluruh New Zealand. Antara kelab-kelab yang menyertai pertandingan ini ialah Kelab UMNO Auckland dan Wellington. Pelajar-pelajar yang mewakili Kelab UMNO Otago pada tahun ini ialah:

1) Saiful Azrie
2) Faizul Abdul Rahman
3) Najwa NurDiyana
4) Crystal Cassandra Paul

Pasukan Kelab UMNO Otago telah berjaya ke peringkat akhir pertandingan dan bertemu dengan Kelab UMNO Weliington. Namun, nasib tidak menyebelahi apabila KUO telah tewas kepada Kelab UMNO Wellington. Walaubagaimanapun, kekalahan tersebut terubat apabila Najwa NurDiyana telah dinobat sebagai pembahas terbaik pada malam itu.

Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut:


Johan: Kelab UMNO Wellington
Naib Johan: Kelab UMNO Otago
Tempat ke-3: Kelab UMNO Auckland 

Tahniah kepada wakil pasukan bahas Otago!!!! Anda semua telah beraksi dengan sangat hebat dan kami pelajar-pelajar Otago yang menyaksikan perlawanan tersebut amat terpesona dengan kehebatan anda semua. Semoga tahun hadapan kita akan menjadi johan pula.

Gambar-gambar















May 1, 2013

Program tramping ke Signal Hill

      Pada 14 April 2013 yang lalu, pihak Kelab UMNO Otago telah sekali lagi berjaya melaksanakan program kesukanan iaitu tramping dan kali ini kami telah menawan puncak Signal Hill, Dunedin. Seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar University of Otago telah menyertai program "tramping" pada tahun ini. Matlamat program ini adalah untuk:


1.      Menanam semangat cintakan alam sekitar
2.      Menggalakkan pengamalan gaya hidup yang sihat

3.      Merapatkan hubungan silaturrahim antara masyarakat Malaysia di Dunedin, New Zealand.

Poster promosi program

Aturcara program adalah seperti berikut:

Masa
Aktiviti
9.00 pagi
Para peserta berkumpul di hadapan bangunan OUSA Recreation Centre
9.15 pagi
Para peserta bergerak ke tempat permulaan tramping dengan menaiki kenderaan yang disediakan pihak penganjur.
9.30 pagi
Sesi regangan dan Energy Bar serta pisang diagihkan kepada para peserta sebagai pembekal tenaga sebelum memulakan aktiviti.
10.00 pagi
Aktiviti tramping bermula
11.00 – 12.00 tengahari
Para peserta tiba ke puncak Signal Hill.
Para peserta diberi masa selama sejam untuk berehat di puncak. Makanan tengahari turut disediakan oleh pihak penganjur.
12.00 tengahari
Para peserta memulakan perjalanan turun semula ke kaki bukit.
12.30 tengahari
Para peserta tiba di kaki bukit.
Para peserta dihantar semula ke tempat berkumpul.
Majlis bersurai.
      
      Secara keseluruhannya program ini telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna dan matlamat program telah berjaya dicapai.

Gambar-gambar aktiviti