Seperti tahun-tahun sebelum ini, Pihak KUO telah menganjurkan lagi bazaar ramadan mini peringkat Dunedin. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mewujudkan suasana sambutan Ramadan seperti di Malaysia memandangkan kami pelajar-pelajar di sini amat jauh dari kampung halaman. Jadi, Bazaar ini dapat menjadi pengganti bagi mengubat kerinduan kami kepada tanah air.
Bazar ini dilakukan di Hunter Centre bagi memudahkan pengurusan dan peniaga-peniaga bazar ini terdiri dari kalangan pelajar-pelajar sendiri sama ada undergrad ataupun postgrad. Terdapat berbagai-bagai juadah berbuka puasa yang dijual seperti laksa, roti john, nasi lemak, cendol, kuih-muih dan macam-macam lagi.
Sambutan program ini amat meriah di mana semua pelajar tidak kira bangsa datang untuk membeli dan menikmati makanan-makanan rakyat Malaysia yang susah untuk didapati di New Zealand ini.
August 5, 2013
August 1, 2013
Majlis berbuka puasa perdana
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, pada 21 Julai 2013 pihak KUO dengan kerjasam OUPersada, Sarjana dan OMSA telah berjaya melaksanakan program iftar atau berbuka puasa perdana di Dunedin. Suasana Iftar dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa VIP yang turut sama-sama menyertai program iftar kali ini.
Antara VIP yang hadir ialah:
1) Her Excellency Mrs. Rosmidah Zahid (High Commissioner of Malaysia to New Zealand)
2) Mr James Koh (Counsellor (Political & Economic) & Head of Chancery)
3) Encik Mohd Erfino Johari (Director, Education Malaysia New Zealand)
4) Mrs. Hjh. Salmah Kassim (Education attache, Education Malaysia New Zealand)
Objektif majlis ini adalah:
Aturcara program seperti berikut:

1. Mengeratkan hubungan silaturrahim
sesama umat Islam dan juga yang bukan Islam.
2. Menyemarakkan
bulan Ramadhan dengan aktiviti yang bermanfaat
3. Menggalakkan
kebersamaan pelajar dalam menyambut bulan Ramadhan
4. Meningkat
motivasi pelajar untuk terus berusaha dalam ibadah dan juga pelajaran masing- masing. Aturcara program seperti berikut:
4.15 ptg - Ketibaan tetamu
4.45 ptg - Persiapan berbuka
5.15 ptg - Solat Maghrib
5.45 ptg - Ucapan Pengerusi Majlis
5.50 ptg - Ucapan PYT Ambassador
6.10 ptg - Iftar
4.45 ptg - Persiapan berbuka
5.15 ptg - Solat Maghrib
5.45 ptg - Ucapan Pengerusi Majlis
5.50 ptg - Ucapan PYT Ambassador
6.10 ptg - Iftar
7.00 mlm – Sesi soal dan jawab
bersama Ustaz Erfino dan PYT Ambassador
8.00 mlm - Solat Isya' dan Tarawih
9.00 mlm - Moreh & Majlis bersurai
9.00 mlm - Moreh & Majlis bersurai
Hampir kesemua pelajar di dunedin turun bagi memeriahkan program iftar ini tidak kiralah melayu,cina,india dan bumiputra. Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pihak dan matlamat perlaksanaan program ini juga tercapai. Kami berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.
Sekian.
Galeri gambar
July 10, 2013
Pertandingan Debat Ala-Parlimen
Pada 4-5 Julai 2013 yang lalu, Kelab UMNO Otago telah menghantar pasukan bahas untuk bertanding dalam pertandingan bahas ala parlimen yang merupakan acara tahunan sempena Bersatu Games. Ianya melibatkan perlawanan antara Kelab-kelab UMNO di seluruh New Zealand. Antara kelab-kelab yang menyertai pertandingan ini ialah Kelab UMNO Auckland dan Wellington. Pelajar-pelajar yang mewakili Kelab UMNO Otago pada tahun ini ialah:
1) Saiful Azrie
2) Faizul Abdul Rahman
3) Najwa NurDiyana
4) Crystal Cassandra Paul
Pasukan Kelab UMNO Otago telah berjaya ke peringkat akhir pertandingan dan bertemu dengan Kelab UMNO Weliington. Namun, nasib tidak menyebelahi apabila KUO telah tewas kepada Kelab UMNO Wellington. Walaubagaimanapun, kekalahan tersebut terubat apabila Najwa NurDiyana telah dinobat sebagai pembahas terbaik pada malam itu.
Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut:
Tahniah kepada wakil pasukan bahas Otago!!!! Anda semua telah beraksi dengan sangat hebat dan kami pelajar-pelajar Otago yang menyaksikan perlawanan tersebut amat terpesona dengan kehebatan anda semua. Semoga tahun hadapan kita akan menjadi johan pula.
Gambar-gambar

Johan: Kelab UMNO Wellington
Naib Johan: Kelab UMNO Otago
Tempat ke-3: Kelab UMNO Auckland
Tahniah kepada wakil pasukan bahas Otago!!!! Anda semua telah beraksi dengan sangat hebat dan kami pelajar-pelajar Otago yang menyaksikan perlawanan tersebut amat terpesona dengan kehebatan anda semua. Semoga tahun hadapan kita akan menjadi johan pula.
Gambar-gambar
May 1, 2013
Program tramping ke Signal Hill
Pada 14 April 2013 yang lalu, pihak Kelab UMNO Otago telah sekali lagi berjaya melaksanakan program kesukanan iaitu tramping dan kali ini kami telah menawan puncak Signal Hill, Dunedin. Seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar University of Otago telah menyertai program "tramping" pada tahun ini. Matlamat program ini adalah untuk:
Aturcara program adalah seperti berikut:
1. Menanam semangat cintakan alam
sekitar
2. Menggalakkan pengamalan gaya hidup
yang sihat
3. Merapatkan hubungan silaturrahim
antara masyarakat Malaysia di Dunedin, New Zealand.
![]() |
| Poster promosi program |
Aturcara program adalah seperti berikut:
Masa
|
Aktiviti
|
9.00 pagi
|
Para peserta
berkumpul di hadapan bangunan OUSA Recreation Centre
|
9.15 pagi
|
Para peserta
bergerak ke tempat permulaan tramping dengan menaiki kenderaan yang
disediakan pihak penganjur.
|
9.30 pagi
|
Sesi regangan dan Energy Bar serta pisang diagihkan
kepada para peserta sebagai pembekal tenaga sebelum memulakan aktiviti.
|
10.00 pagi
|
Aktiviti tramping
bermula
|
11.00 – 12.00 tengahari
|
Para peserta tiba
ke puncak Signal Hill.
Para peserta
diberi masa selama sejam untuk berehat di puncak. Makanan tengahari turut
disediakan oleh pihak penganjur.
|
12.00 tengahari
|
Para peserta
memulakan perjalanan turun semula ke kaki bukit.
|
12.30 tengahari
|
Para peserta tiba
di kaki bukit.
Para peserta
dihantar semula ke tempat berkumpul.
Majlis bersurai.
|
Secara
keseluruhannya program ini telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna dan matlamat program telah berjaya
dicapai.
Gambar-gambar aktiviti
May 12, 2012
Jemputan ke aktiviti 'Tramping'
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Para peserta diminta berkumpul di hadapan bangunan Club and Socs pada pukul 8 pagi, Ahad.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Nabila Saadon (HSFY) : 0211026515
'Ainuddin (HSFY) :0220463624
* Program ini tertakluk kepada perubahan cuaca.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA !
Untuk pengetahuan semua, program Kelab Umno Otago yang seterusnya pada tahun ini ialah 'Tramping' di Mount Cargill.
Berikut merupakan tentatif program:
8.00 pg- Peserta berkumpul di hadapan bangunan Club and Socs
8.30 pg- Bertolak ke Mount Cargill
9.00 pg- Taklimat dan sesi ' warm up'
9.30 pg- 'Tramping' bermula
11.00 pg- Tiba di puncak Mount Cargill, sesi fotografi di puncak
11.30 pg- Turun Mount Cargill
12.30 tgh- Tiba di kaki gunung, makanan diberikan
1.30 ptg- Aktiviti berakhir, bertolak kembali ke bangunan Club and Socs
Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 13 tahun dan ke atas. Tiada yuran penyertaan dikenakan, malah pengangkutan dan makanan juga akan disediakan. Student medic akan bersama-sama dalam program ini sebagai persediaan bagi sebarang kecemasan.
Antara barang keperluan yang perlu dibawa peserta:
- Air minuman
- Baju sesuai untuk cuaca sejuk dan aktiviti lasak seprti puffer jacket
- Glove
- Kasut yang sesuai untuk aktiviti mendaki
- Chocolate bar/energy bar/muesli bar
Para peserta diminta berkumpul di hadapan bangunan Club and Socs pada pukul 8 pagi, Ahad.
Sesiapa yang berminat boleh menghantar email kepada KUO dia umno_otago@yahoo.com ataupun dengan menghantar reply di group facebook kami 'Tramping KUO' selewat-lewatnya sebelum hari Jumaat (18 Mei 2012)
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Nabila Saadon (HSFY) : 0211026515
'Ainuddin (HSFY) :0220463624
* Program ini tertakluk kepada perubahan cuaca.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA !
Subscribe to:
Posts (Atom)