May 5, 2009

Ulasan Soccer Social League (04/04/09)

Ulasan Soccer Social League

Pada 4 April, 2009 bertempat di Logan Park sekitar pukul 1 hingga pukul 3, team Levin Diamante telah melawan Harward Tiger dan Pharmacy Boys. Kedua-dua perlawanan berkeputusan seri dengan jaringan 2 sama dan 3 sama. Perlawanan berjalan lancar tapi kadang-kadang berlaku pertelingkahan mulut antara pemain. Dua keputusan yang memuaskan untuk Levin Diamante kerana ini baru perlawanan pertama yang mana banyak kelemahan masih boleh diperbaiki.

 

Levin Diamante

Nama

Rating

Faried

5

Paan

7

Junaid

7

Khidir

6

Cash

6

Amin

6

Buk

6

Hikmat

5

Faza

4

Wado

6

Iqbal

9 (star)

Boss

6

 Rating max 10

 

Man of the Match: Unexpected hero pada hari tersebut ialah Iqbal. Dia secara individu menyumbat 4 gol sehinggakan Wado terasa dipinggirkan. Iqbal sebagai pemain gantian pada awalnya masuk menggantikan Wado telah menjaringkan gol dan ini memberi masalah kepada Amin membuat pemilihan 9 pemain utama selepas ini. Rata-rata yang datang hari tu merasakan Iqbal perlu dipilih menyertai pasukan Malaysia tapi nationality-nya masih diragui. Apa-apa pun good luck untuk Iqbal dan di harap terus menyumbangkan gol di masa akan datang.

Pemain harapan: Paan menjadi pilihan untuk kategori pemain harapan. Dia bermula sebagai defender agak mengigil dan mengelabah namun akhirnya membuktikan bahawa posisi sebenar dia adalah sebagai goalkeeper. Banyak melakukan 'important save' yang menyelamatkan gawang gol dari dibolosi. Nampaknya Farid perlu memikirkan posisi baru kerana sebelum ini dia adalah penjaga gol tetap pasukan. Mungkin Faried boleh mencederakan kan Paan dan mengambil kembali posisi goalkeeper miliknya( apa-apa boleh terjadi).

Pemain perlu perhatian: Selepas perlawanan pada hari tersebut, terdapat tiga nama yang perlu diberi perhatian penuh. Mereka adalah Faza, Wado dan Faried. Ketiga-tiganya kurang stamina yang mana berebut-rebut untuk tidak masuk padang kerana keletihan. Ketiga-tiga mereka mempunyai alasan masing-masing yang mana Wado mungkin sebab sudah kahwin, Faza mungkin kerana selalu merokok dan Faried difahamkan bermain Pro E sampai lewat malam. Mungkin Amin perlu memberi perhatian serius tentang masalah ini.

May 3, 2009

Report of Rewang Otago 2009


Rewang Otago 2009 was held on Saturday, 25th April 2009, which took place at the NorthEast Valley Baptist Church. Organized by Otago UMNO Club, its primary objective was to gather Malaysians from Dunedin, Mataura, Oamaru, Invercargill and Roxburgh in a harmonist “mutual aid” event.

The event started at 7.00 am, with people de-skinning and slicing the slaughtered lambs. Preparation for main dishes such as Nasi Minyak, Lamb Curry, and Ayam Percik were made at the same time.

By 9.00 am, more people arrived. They were divided into groups to perform different tasks. Some were helping with the breakfast preparation while others were busy making cum learning how to fold the Roti Jala. Most females on the other hand, were assigned to prepare Apple Crumble, Rojak Buah and Acar Timun for dessert and as a complimentary dish.

At 10.00 am, Jenga competition, a game of physical and mental skill, was conducted. It drew crowds of different age and gender. It was not a surprised that the game was won by two elementary school boys, Irfan and Nazmi.

The “mutual assistance’ continued until 12.30 pm, and then the place was cleared to serve lunch. At 1.15 pm, a mass prayer was performed followed by a tazkirah. The Program Director of Rewang Otago 2009, Mohd. Faried Anwar, and the President of Sarjana Otago Club, Dr Haizal Mohd. Hussaini, each gave their speeches shortly before lunch, followed by a certificate giving ceremony for the previous Sarjana Otago Club committees. A token of appreciation was awarded to Geoffrey Tanakinjal, who had completed his PhD and will be leaving Dunedin soon. By 4.00 pm, Rewang Otago 2009 was officially over.

Apart from the planned menu, we received a variety of other food contributions. The cakes from Dr. Rahman’s family, the curry puffs and doughnuts from Aida and Japi (Invercargill), freshly picked apples from Roxburgh (Mahathir), roasted lamb and roti canai from Mataura, and the delicious cakes from Bruneians, are all not to be forgotten. We also appreciate those who were in charged in making the dishes and handling the events as they had executed their tasks well. Overall, this was a successful event. It is our hope that it will carry on to next year.

Prepared by,

Dlyn Azmi










April 19, 2009

Rewang Otago


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada warga Malaysia di Dunedin termasuk di Oamaru, Mataura, Invercargill dan Roxburgh.

Kami dari Kelab UMNO Otago secara berbesar hati ingin menjemput saudara/ saudari memeriahkan program Rewang Otago yang akan berlangsung pada 25 April 2009, hari Sabtu bertempat di North East Valley Baptist Church.

Rewang Otago bertujuan untuk menyemai adat bergotong royong di kalangan rakyat Malaysia walaupun kita berjauhan denagn negara tercinta. Selain itu Rewang Otago juga diharap dapat menyediakan medium untuk rakyat Malaysia di Otago, Mataura, Oamaru, Invercargill dan Roxburgh  bersuai kenal disamping mengeratkan hubungan sedia ada.

Kehadiran saudara/saudari semoga dapat memeriahkan lagi Rewang Otago disamping merialisasikan matlamat sebenar program. Selain itu saudara/ saudari juga dapat menjamu selera dengan juadah yang cukup menyelerakan.

Datanglah seawal mungkin supaya kita dapat menyemarakkan semangat gotong royong dengan lebih kuat sesama kita.

Anda digalakkan membawa ‘potluck’ jika berkesempatan, semoga segala usaha kita akan diberkati Allah.

April 16, 2009

Laporan Mt Cargill Tramping

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Pada 22 Mac 2009 yang lalu, Kelab UMNO Otago telah menganjurkan satu program kembara yang dinamakan ‘Mt. Cargill Tramping 2009’ bertempat di Mt. Cargill, gunung tertinggi di Dunedin. Sambutan agak menggalakkan walaupun cuaca diramal hujan renyai-renyai. Seramai 21 orang peserta telah menyertai aktiviti ini.

Tujuan aktiviti ini dianjurkan adalah untuk mengeratkan hubungan antara pelajar-pelajar junior yang baru tiba dari Malaysia dan pelajar-pelajar senior, disamping  membina ketahanan mental dan fizikal para perserta dalam menghadapi cabaran hidup pada masa akan datang.

Para peserta berkumpul di bangunan Clubs n Socs pada pukul 9.00 pagi untuk mendengar taklimat dan bertolak ke Bethunes Gully(kaki Mt. Cargill). Doa keselamatan dibacakan oleh saudara Sufian sebelum pendakian bermula. Tepat jam 10.00 pagi, para peserta mula bergerak melalui lorong pejalan kaki yang disediakan. Pada ketika ini hujan sudah berhenti dan keadaan suhu tidaklah begitu sejuk.

Perjalanan ke pucak gunung mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Para peserta melalui hutan pokok tirus pada awal perjalanan sebelum melalui hutan gunung. Pokok-pokok menjadi semakin rendah apabila semakin mnghampiri puncak gunung.

Para peserta tiba di puncak gunung pada jam 11.30 pagi. Suhu di puncak gunung sangat sejuk namun tiupan angin tidaklah begitu kuat. Kabus tebal yang melanda puncak gunung menghalang para peserta daripada melihat pemandangan dari puncak gunung.

Selepas berehat selama 15 minit dan menikmati kudapan yang dibawa sendiri, para peserta mula bergerak turun ke kaki gunung. Perjalanan itu  mengambil masa selama 30 minit. Setibanya mereka di kaki gunung, mereka telah disambut oleh beberapa orang senior yang membantu menyediakan BBQ sebagai makan tengah hari. Semua peserta mula bergerak pulang selepas selesai menjamu selera. 

Maklum balas positif yang diterima dari para peserta tentang aktiviti ini menyemarakkan lagi hasrat para penganjur untuk menganjurkan program-program seperti ini di masa-masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Laporan Junior #2

LANGKAH BERMULA....... 


            Tanggal 16 februari, jam 5 ptg, 25 anak muda mula menjejakkan kaki di KLIA. Masing-masing bertemankan keluarga tercinta  Langkah anak-anak muda ini untuk mengejar cita-cita bermula setelah menaiki aerotrain menuju ke balai perlepasan Charlie, di lapang terbang yang gah itu. Pesawat yang dijangka berlepas jam 9.30 mlm terlewat sebentar sehingga pukul 10.15 mlm. Bagi sesetengah daripada mereka, ini merupakan pengalaman baru meninggalkan tanah air tercinta. Hidup di tempat orang tidak sama seperti di tempat sendiri. 

            Tanggal 17 februari, jam 12 tgh hari di bumi orang. Waktu di tanah air kira-kira jam 7 pagi, rakyat malaysia masih enak dibuai mimpi. Mereka tiba di lapangan terbang antarabangsa Auckland ”city of sail”. Kali pertama menjejakkan kaki di bumi orang memang membuatkan mereka teruja. Tangisan di KLIA dilupakan serta merta. Hanya kegembiraan dan kesyukuran tergambar dihati mereka setelah tiba dengan selamat. Setelah melepasi pemeriksaan kastam, anak-anak muda ini mula melangkah ke terminal domestik, kira-kira 12 minit berjalan kaki bersama troli masing-masing. Setibanya di Auckland masing-masing mengeluarkan baju sejuk kerana menjangkakan cuaca yang sejuk. Namun mereka tertipu kerana teriknya matahari disana mambuatkan mereka kepanasan.  

            Tertib pemandu-pemandu di sana yang sangat berbudi bicara menjadi tajuk bualan. Terbukti apabila setiap kali mereka menjejakkan kaki di atas ”zebra crossing” pemandu-pemandu kereta ini akan berhenti membenarkan mereka melintas terlebih dahulu. Terdetik dihati mereka mengharapkan pemandu kenderaan di Malaysia dapat bersikap sedemikian rupa.           

            Ketika di terminal domestik, masalah yang tidak dijangka timbul, sesetengah bagasi mereka terlalu besar untuk dimuatkan ke dalam kabin, sesetengah tiket penerbangan pula menghadapi masalah. Namun kesemua masalah tersebut tidak berpanjangan dan bejaya diselesaikan serta merta. Kira- kira jam 5 ptg penerbangan mereka ke Dunedin disambung semula. Sebelum tiba di Dunedin mereka transit sebentar kira-kira 30 minit di Wellington. Cuaca di lapangan terbang yang bersebelahan dengan pantai itu kelihatan baik sekali. 

            Pemandangan Dunedin yang hijau dari pesawat membuatkan kami terpesona. Tompok-tompok putih kambing biri- biri seperti yang mereka gambarkan selama ini terbukti di depan mata. Setelah menjejakkan kaki di Dunedin mereka disambut mesra oleh pelajar pelajar senior dan Puan Siti dan Dr. Brunton. Perasaan gementar, asing dibumi orang hilang serta merta. Kali ini mereka tidak tertipu seperti di Auckland lagi. Baju sejuk sememangnya menjadi kaperluan penting kerana cuaca di bumi Dunedin ini memangnya sejuk seperti yang diwarwarkan. Terdetik rasa menyesal dihati sesetengah mereka kerana tidak membawa baju sejuk yang mencukupi. 

            Cita cita mereka untuk melanjutkan pelajaran di University of Otago ini tercapai sudah. Syukur rasa  terdetik dihati. Semoga segulung ijazah menjadi teman untuk mereka ketika kembali ke Malaysia nanti.

Azrin & Syahril