October 25, 2008

Lagi Gambar-gambar Rumah Terbuka Otago 2008...

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera,

Sebanyak 150 gambar baru oleh jurugambar profesional kita Wei Ping, telah ditokok ke dalam album gambar Rumah Terbuka Otago 2008. Untuk melihatnya, anda boleh klik pranala di bawah, atau klik pada thumbnail slideshow di sebelah kanan blog ini:

http://picasaweb.google.com/umno.otago/OtagoMalaysianOpenHouse2008


Selamat menelaah dan menjawab peperiksaan!

October 19, 2008

Sempena musim peperiksaan...

Kelab UMNO Otago ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan kepada rakan-rakan pelajar University of Otago yang akan menduduki peperiksaan pada minggu hadapan dan semoga posting in belum terlambat kepada mereka yang telah mula menduduki peperiksaan pada Jumaat minggu lepas.

Sepanjang musim peperiksaan ini, sila pastikan kesihatan terjaga, makan minum dan tidur cukup. Berdoalah kepada Allah SWT agar diterangkan hati, dipermudahkan menjawab soalan-soalan dan dikurniakan kejayaan pada hari peperiksaan nanti . Allah SWT Maha Adil - Usaha dan kerja keras pasti akan mendapat ganjaran dari-Nya.

Nervous - berkongsilah jika ada masalah dengan ibu bapa dan kawan-kawan. Telefon ibu bapa dan mintalah agar mereka doakan kejayaan kita di sini. Keberkatan mereka adalah penting untuk mencapai kejayaan di dalam hidup ini.

Sesiapa yang ingin berkongsi tip-tip peperiksaan, bolehlah memberi komen di akhir posting ini nanti. Tips peperiksaan sangat dialu-dialukan supaya kita dapat berkongsi bersama rakan-rakan yang lain.

"Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya". Kepada rakan-rakan, berusaha keras lah sekarang, tenang dan yakin di hari peperiksaan nanti serta tawakkal kepada Allah SWT.

Insya Allah semua akan berjalan lancar mengikut perancangan masing-masing.


Presiden
Kelab Umno Otago

DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”

Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”

Doa memohon kejayaan cemerlang:

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”

Greetings from The President

Assalamu’alaikum wbt,

Well done to Munir Muji , Ahmad Azhar Ab Hamid (blog moderator) and others for their effort in creating this blog and successfully meeting the deadline for our first posting i.e. before Raya. Good job guys!

As a President for this club, my personal objectives for this blog are:

  1. to update members of Club’s activities throughout the year
  2. to celebrate members achievements (academic, sports etc) especially in University of Otago or wherever they are
  3. to share unique experiences of studying in University of Otago with other club members and other visitors from all around the world

This blog is new and far from perfect so my apologies for any shortcomings. We are open to new ideas and critics please feel free to leave comments so that we know you are out there. Let us be responsible and sensible with the comments so that we can have constructive discussions on any matter discussed.

Please enjoy this blog! (And bookmark it)

Ahmad Khairy Yahya

October 13, 2008

Gambar-gambar Rumah Terbuka Otago 2008

Salam 'alaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah selesai menjalani tarbiah Ramadhan, kita telah sama2 diberi peluang meraikan Aidilfitri bersama-sama di Dunedin. Semoga didikan dan usaha yang dikerjakan ketika Ramadhan masih lagi konsisten diteruskan walaupun bulan mulia itu telah ditinggalkan.

Bagi pihak penganjur Rumah Terbuka Otago, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis tersebut pada 5 Oktober yang yang lepas. Kerjasama dan sumbangan yang kalian  hulurkan sangat-sangat kami hargai.

Seperti yang dijanjikan, di sini saya sertakan bersama link bagi anda yang ingin mendapatkan SEBAHAGIAN gambar-gambar yang diambil oleh jurukamera profesional kita pada hari tersebut.

 http://www.twentythirdchoke.com/?p=279#more-279

Untuk mendapatkan gambar-gambar selanjutnya akan saya maklumkan kemudian.

Akhir kata, selamat menghadapi peperiksaan kepada semua!!! Semoga usaha yang kita curahkan mendapat keberkatan dari ALLAH jua hendaknya.

Munir Muji.
Ketua Biro Penerangan
Kelab UMNO Otago

October 10, 2008

Keputusan Pertandingan Video Raya 2008

Pemenang tempat pertama:

Raya Otago '08 - Masih Ada Kasih

"Mengisahkan pengalaman seorang budak first year menyambut Syawal di perantauan."

Bahagian 1

Bahagian 2


Pemenang tempat kedua:

Salam Aidillfitri 2008 - Salam Lebaran (University of Otago, New Zealand)

"Selamat hari raya maaf zahir batin dari kami di Otago, New Zealand. Doakan kejayaan kami di perantauan. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan video ini (Majlis Ruh Ramadhan - dihadiri Puan Rose Lina, MSD officer)

Salam Lebaran was composed by Munir Muji and Amir Badri on 9 September 2008, 345pm"


Pemenang tempat ketiga:

Salam Aidilfitri 2007 - University of Otago, New Zealand

"Maaf zahir batin dari kami di Dunedin... Doakan kejayaan kami dunia akhirat... "

Tahniah diucapkan!

October 4, 2008

Video Salam Lebaran 2008 (Lagu Raya)

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari kami di Otago, New Zealand.

Doakan kejayaan kami di perantauan. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan video ini (Majlis Ruh Ramadhan - dihadiri Puan Rose Lina, pegawai MSD).

The song 'Salam Lebaran' was composed by Munir Muji and Amir Badri on 9 September 2008, 345pm.

October 3, 2008

Jemputan ke Rumah Terbuka Otago 2008

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Sempena bulan Syawal yang mulia ini, kami (Kelab UMNO Otago, Persada dan OMSA) dengan berbesar hati menjemput anda untuk menghadiri Rumah Terbuka Otago.

Di mana? Alhambra Hall, Great King Street
Hari apa? Ahad 5 Oktober 2008
Pukul berapa? 10.45 pagi hingga 2.30 petang

Anda digalakkan berpakaian tradisional atau semi-formal.
Jumpa anda di sana!

SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR DAN BATIN,
IKHLAS DARIPADA KELAB UMNO OTAGO.