Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

September 7, 2010

Kemeriahan Bazar Ramadhan Otago

BAZAR RAMADHAN OTAGO


HARI: SABTU
TARIKH: 4 SEPTEMBER 2010
MASA: 4 - 6PTG
TEMPAT: PERKAMPUNGAN MALAYSIA, LEITH STREET
(RUMAH STUDENT TESL)


Antara menu-menu yang disediakan ialah;

1)Ikan Bakar Melaka(bersambal)
   Ikan Flounders/Sole
2) Mee goreng basah
3) Karipap Sardin/Daging
4) Sri kaya Dania
5) Nasi daging merah di ufuk selatan
6) Nasi goreng pattaya Dunedin
7) Tom yam Vicchuda Damansara Uptown
8) Nasi goreng ayam berempah(special menu:sambal belacan versi Carroll street-limited)
9) Mee goreng mamak
10) Burger ayam/kambing(burger special boleh dibuat atas permintaan)
11) Masala vadai
12) Ayam Percik(size ½ chicken)
13) Kuih cara
14) Kuih keria
15) Nasi lemak antarabangsa(sambal tumis ikan bilis + telur dadar)
16) Popia basah Section 16(versi besar)
17) Roti John
18) Cucur badak
19) Otak-otak
20) Penang Laksa
21) Kicap cap kipas udang
22) Air cincau

You think you don't get enough of Malaysian food? All food were super nice and trust us, you might as well think that you are in Malaysia once you attended this bazaar. (But of course, minus the cool weather lah)

We have some footage of this fabudeliciouslous event too!












Photos credit to Jordan Jerome Asan.

September 10, 2009

Tempahan karipap pusing, murtabak, sate goreng dan apple pie (bagi pihak orang)

Salam,

Kami sedia menerima tempahan karipap pusing, murtabak, sate goreng dan apple pie.

Place your order 2 hari sebelum tarikh pick-up/delivery. Saya nak siapkan bahan.

Harga adalah seperti berikut:

Karipap pusing inti Daging dan kentang - 10 biji $5

Murtabak Daging kuah jeruk bawang - $3.5 satu

Apple Pie size medium - $8 satu

Sate Ayam Goreng, tanpa kuah kacang - 10 cucuk $6

Kalau nak penghantaran ke rumah, tambah $2.

Kalau nak tengok gambar2 food diatas, sila lawati blog kami...
Nak order sila hubungi saya di 4739154 atau email ke nij_jamal@yahoo.com.sg

- ANIJA & AIZAL

Ruh Ramadhan & Family Ramadhan Carnival

Salam and hello all ...

Its been over half a month of Ramadhan, the fasting month for the Muslims. We guess its about time to have a gathering, breaking fast together and strengthen the union between us Malaysians. So PERSADA in collaboration with SARJANA and UMNO are going to held an event, "Ruh Ramadhan & Family Ramadhan Carnival" this coming Saturday starting from 2-8.30pm. Non-muslims are welcomed to come at 6.30pm for iftar( breaking fast). This event will be held at Evison Lounge and Activities Hall at Club and Socs. Please refer to the poster attached with this email. Potluck are very welcomed. Looking forward to see all of you.

Venue: Evison Lounge and Activities Hall Club n Socs
Date: 12/9/2009
Time: 2-8.30pm

TENTATIVE:

2.00pm: Gather at Evison Lounge/Division of Groups

Pertandingan hafazan

Pertandingan bercerita kisah-kisah Al-Quran/nabi-nabi dalam Bahasa Melayu

Pertandingan mewarna kanak kanak

Sesi mendengar cerita kisah-kisah tauladan bersama Wardina Dunedin (Kak Azam)

ASAR

Pertandingan menganyam ketupat reben TERBUKA

Pertandingan mengikat sampin TERBUKA (lelaki sahaja)

5.20pm: Latihan nyanyian lagu raya kanak-kanak

5.30pm: Clean up and prepare for tadarus & iftar

6.15pm: Azan/kurma/Maghrib

6.30pm: Iftar (together with non muslim)

7.00pm: Clean Up/Tazkirah

7.30pm: Isyak/tarawih

8.30pm: End

PERSADA

March 20, 2009

Resepi: Ayam Masam Manis


 Mari Main Masak-masak bersama Chef Benn

“Sweet sour chicken”*

Bahan-bahan

  • ½ tin 250 ml nenas (dipotong dadu. Rebus dalam air dahulu jika tidak suka lidas)
  • 1 biji capsicum (dipotong dadu)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • ½ cawan tepung jagung (untuk gorengan ayam)
  • 1 sudu besar penuh tepung jagung (untuk sos)
  • 3 ½ cawan air
  • gula
  • 3 sudu besar cuka
  • ½ cawan sos aprikot (jenama Signature Range umpamanya)
  • ½ kilo daging ayam tanpa tulang
  • 1 ½ cawan tepung serbaguna
  • lada hitam (dikisar kasar)
  • garam
  • kicap pekat

Potong ayam kecil-kecil. Golekkan potongan ayam di atas campuran tepung jagung, tepung serbaguna, lada hitam, dan garam (secukup rasa). Panaskan minyak dan goreng semua ayam yang telah dipotong tadi.

Bagi sosnya, didihkan air dahulu. Masukkan cuka, sos aprikot, gula, dan garam. Suaikan citarasa anda dengan tambah sedikit-sedikit sos aprikot, gula, garam, dan/atau kicap pekat. Kecilkan api dan masukkan tepung jagung yang sudah dilarutkan dalam air sejuk. Masukkan juga potongan capsicum, nenas dan bawang besar. Apabila sos sudah capai tahap likat yang anda minat, tutupkan api.

Jika anda sukakan rasa rangup gorengan ayam tadi, biarkan sos sejuk sedikit sebelum dituangkan ke atas gorengan ayam tersebut.

Tetapi, jika anda lebih suka rasa masam manis sos itu menyerap masuk ke daging ayam, masukkan sahaja gorengan ayam ke dalam sos dan gaulkan dengan api kecil.

Jika mahu, hiaskan dengan hirisan daun bawang di atasnya.

*Gambar adalah cadangan untuk hiasan.

March 16, 2009

OMSA Food Festival 2009

From Otago Malaysian Students' Association (OMSA) website:

OMSA Food Festival is back! Together with the Brunei Students Association, we will present you with a variety of tasty meals and desserts to try!

Come over to Club n Socs on Saturday! Coupons will be sold at the venue, but do hurry as servings are limited. See you there!

Date: 21st March 2009 (Saturday)
Time: 11:30am - 2.30pm
Venue: Evison Lounge, Clubs and Socs Building

October 3, 2008

Jemputan ke Rumah Terbuka Otago 2008

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Sempena bulan Syawal yang mulia ini, kami (Kelab UMNO Otago, Persada dan OMSA) dengan berbesar hati menjemput anda untuk menghadiri Rumah Terbuka Otago.

Di mana? Alhambra Hall, Great King Street
Hari apa? Ahad 5 Oktober 2008
Pukul berapa? 10.45 pagi hingga 2.30 petang

Anda digalakkan berpakaian tradisional atau semi-formal.
Jumpa anda di sana!

SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR DAN BATIN,
IKHLAS DARIPADA KELAB UMNO OTAGO.