March 20, 2009

Resepi: Ayam Masam Manis


 Mari Main Masak-masak bersama Chef Benn

Sweet sour chicken”*

Bahan-bahan

  • ½ tin 250 ml nenas (dipotong dadu. Rebus dalam air dahulu jika tidak suka lidas)
  • 1 biji capsicum (dipotong dadu)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • ½ cawan tepung jagung (untuk gorengan ayam)
  • 1 sudu besar penuh tepung jagung (untuk sos)
  • 3 ½ cawan air
  • gula
  • 3 sudu besar cuka
  • ½ cawan sos aprikot (jenama Signature Range umpamanya)
  • ½ kilo daging ayam tanpa tulang
  • 1 ½ cawan tepung serbaguna
  • lada hitam (dikisar kasar)
  • garam
  • kicap pekat

Potong ayam kecil-kecil. Golekkan potongan ayam di atas campuran tepung jagung, tepung serbaguna, lada hitam, dan garam (secukup rasa). Panaskan minyak dan goreng semua ayam yang telah dipotong tadi.

Bagi sosnya, didihkan air dahulu. Masukkan cuka, sos aprikot, gula, dan garam. Suaikan citarasa anda dengan tambah sedikit-sedikit sos aprikot, gula, garam, dan/atau kicap pekat. Kecilkan api dan masukkan tepung jagung yang sudah dilarutkan dalam air sejuk. Masukkan juga potongan capsicum, nenas dan bawang besar. Apabila sos sudah capai tahap likat yang anda minat, tutupkan api.

Jika anda sukakan rasa rangup gorengan ayam tadi, biarkan sos sejuk sedikit sebelum dituangkan ke atas gorengan ayam tersebut.

Tetapi, jika anda lebih suka rasa masam manis sos itu menyerap masuk ke daging ayam, masukkan sahaja gorengan ayam ke dalam sos dan gaulkan dengan api kecil.

Jika mahu, hiaskan dengan hirisan daun bawang di atasnya.

*Gambar adalah cadangan untuk hiasan.

1 comment:

Anonymous said...

aku housemate tak pernah rasa pun ko masak