September 6, 2011

Bazar Ramadhan 2011

Masih belum terlambat untuk kami Kelab UMNO OTAGO mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. Untuk entry kali ini kami ingin berkongsi kemeriahan bazar Ramadhan 2011 yang berlangsung pada bulan Ramadhan yang lalu. Walaupun jauh dari tanah air tercinta, kegembiraan memilih juadah berbuka di bazaar Ramadhan tetap dapat dirasakan pelajar-pelajar di sini. Menu-menu 'Malaysia' dijual bagi memenuhi selera anak tempatan, jadi kuranglah homesick terutamanya bagi mereka yang baru pertama kali berpuasa di perantauan =)







Kepada warga Dunedin, jangan lupa untuk sama-sama memeriahkan RAYA OTAGO pada 10.9.2011, Sabtu di Sacred Heart School.Dapatkan kupon-kupon kepada pengedar-pengedar yang telah dinyatakan. Pakai baju raya..jom kita raya!  

1 comment:

Anonymous said...

Salam..saya Mohd Luqman Hakim Ab Rahim, wartawan akhbar tempatan di Malaysia, Kosmo!..

Saya ingin memohon bantuan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi responden dalam artikel di kolum, Di Rantau Orang menerusi sisipan Refleks di Kosmo! yang diterbitkan pada setiap hari Rabu

Kolum Di Rantau Orang, Refleks, yang merupakan tajaan Kementerian Belia dan Sukan, menceritakan pengalaman pengalaman pahit manis belia yang berada di bumi asing..tidak kira yang masih belajar dan bekerja..

boleh rujuk link ini untuk maklumat lanjut (http://www.facebook.com/pages/Refleks-Kosmo/147771695289840)..

Saya berharap ada sesiapa di Otago yang berminat untuk menjadi responden dalam artikel saya..untuk pertanyaan lanjut, boleh add saya di FB, Luqman Hakim Ab. Rahim (http://www.facebook.com/manlukeman) atau menerusi email, hakim.manluke@gmail.com

terima kasih.