March 17, 2009

CyberCorner bersama Ipin #1: PSU

          Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Khairul Ariffin Bin Mohamed akan mengisi ruangan Cyber di website UMNO ini. Sebelum kita bermula, biar saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya berasal dari Shah Alam dan seorang pelajar Pharmacy di Otago University. Tujuan saya menjadi penulis ruang Cyber ini kerana saya ingin berkongsi ilmu saya mengenai bidang computer ini. Sebenarnya, Munir cadangkan saya untuk buat review tentang video games tetapi saya rasa tidak banyak orang minat permainan video. Oleh itu, saya memutuskan untuk mengisi ruangan Cyber ini untuk memperkenalkan isu-isu mengenai Information Technology (IT) kepada amateurs or noobs. Mungkin pada masa hadapan jika saya telah kehabisan idea untuk tulis bahan untuk ruangan cyber ini, saya boleh buat review and recommendation untuk gamers.

          Saya akan menekankan di sini saya tidak akan menggunakan terminology yang susah untuk menerangkan IT. Saya faham kebanyakan saudara dan saudari sekalian ada masalah apabila bercerita tentang computer. RAM, Gigabyte, DOS, portforwarding etc. Apabila dengar term-term ini kepala dah mula pening dah. Jangan risau. Saya dahulu macam itu. Selapas self learning selama beberapa tahun dan berbekalkan ilmu dari Kolej Damansara Utama (KDU), saya berjaya memahami concept basic dalam bidang IT. Saya akan terangkan perkara ini dalam bahasa yang mudah difahami.

Hari ini saya akan mulakan ruang Cyber ini dengan memperkenalkan component paling penting dalam sebuah computer. Adakah ia CPU? Hard disk? Monitor? Tidak sama sekali. Component yang saya maksudkan adalah Power Supply atau dalam Bahasa Melayunya bekalan kuasa. Semua component dalam computer tidak dapat berfungsi tanpa power supply. Fungsi power supply adalah, well, membekalkan kuasa kepada computer. (duh!) Kenapa saya cakap ia component paling penting? Sebab semua componet lain seperti CPU, graphic card and DVD- rom kena bersambung dengan power supply baru ia boleh berfungsi.

Power supply datang dalam berbagai Watt (kuasa). Ada 300W, 500W, 800W dan lain-lain lagi. Power supply untuk desktop biasanya berbentuk empat segi. Sepanjang saya hidup di dunia yang fana ini tak pernah saya dengar power supply bentuk tiga segi atau leper. So, lets just stick with empat segi, ok? Component ini biasanye terletak di belakang desktop. Kalau you pakai laptop, power supply kat bawah laptop. Kadang-kadang ia adalah componet paling berat dalam laptop. Power supply untuk laptop sikit sahaja. Biasanye 90W, jauh berbeza dengan power supply desktop.

Apabila hendak beli sebuah computer, kita mesti periksa power supply computer tersebut. Ciri-ciri yang kita mahu lihat adalah kuasa dan brand. Pernah tak apabila kita pakai laptop atau computer lama sangat tiba-tiba computer padam? Salah satu kemungkinan adalah kuasa yang dibekalkan power supply tidak mencukupi. Masalah ini juga sering berlaku jika pengguna mengunakan computernya untuk menjalani program-program yang berat seperti melukis 3D animation dan bermain high-end video games. Tidak hairanlah jika laptop yang kita miliki mempunyai banyak limitation kerana power supplynya berkuasa sangat rendah. Semakin berat program yang ingin dilakukan oleh computer, semakin tinggi kuasa yang diperlukan. 

Adakah semakin tinggi kuasa power supply bermakna semakin banyak electricity digunakan? Tidak semestinya. Computer biasanya akan pakai kuasa cukup-cukup untuk beroperasi secara optimum. Saya ingin bagi contoh yang mudah. Andaikan Fairuz ada laptop 90W dan Gadafi ada desktop 800W. Kedua-duanya memakai Microsoft Word untuk membuat assignment yang sama selama satu jam. Jika brand power supply yang mereka gunakan adalah sama, maka electicity yang mereka pakai adalah sama juga. Hanya apabila Gadafi memakai computernya untuk program-program yang berat, baru electricity yang digunakan lebih banyak. Di sinilah di mana brand power supply itu memainkan peranan. Semakin berkualiti power supply itu, semakin efficient bekalan kuasa yang diberi. Saya mengesyorkan brand-brand berkualiti tinggi seperti Corsair, Gigabyte dan Cooler Master.

Di sini sahaja bagi minggu ini. Semaoga rakan-rakan telah belajar sesuatu yang bermanfaat. Insyaallah kita berjumpa lagi minggu hadapan. Salam.

5 comments:

Anonymous said...

bagus entri ni. sgt basic. mudah difahami. menarik.

oklah. nak tunggu episode seterusnya. mgkin boleh terangkan maksud DOS dan portforwarding.

Anonymous said...

terima kasih ipin...sangat membantu!!!

munirmuji

Unknown said...

mantap!

Anonymous said...

sangat menakutkan

i zak said...

ok nanti kalau abg is nak format comp abg is minta tlg ko org tunjuk kan ok