March 29, 2009

Resepi #2: Lemak Cili Api


Mari Main Masak-masak bersama Ben

 

Daging masak lemak cili api (sempena WPI pertama)

 

Tak pasti dari negeri mana asalnya lauk ini, tapi yang nyata boleh dikatakan lauk yang biasa dihidangkan di Malaysia. Lauk ini tidak rumit dan jika tahu cara membuatnya, sedikit sebanyak boleh mengubat “homesickness”.

Bahan – bahan (untuk 4-5 orang....... lelaki):

  • ½ kg daging lembu (dipotong kecil  ~ 1 inci panjang)
  • 125 ml santan
  • 1 inci lengkuas (boleh dibeli di Siew Hoy atau Fullhouse Asian Grocery. Lebih molek jika lengkuas beku, dan  bukan yang dikeringkan)
  • 1 batang serai
  • 8 biji cili api hijau (saya orang Jawa+Minangkabau. Kepedasan 8 biji cili api masih boleh dikawal. Jika khuatir, gunakan 6 biji sahaja)
  • ¼ biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji kentang (potong 8)
  • 1 keping asam keping (you’re doomed if you don’t have this because I never manage to find it in all the asian groceries I’ve been to)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  1. Kisar bawang besar, bawang putih, lengkuas, dan cili api dengan dengan sedikit santan.
  2. Ketukkan serai.
  3. Campurkan serai, bahan kisar, serbuk kunyit, daging, kentang, dan santan selebihnya ke dalam periuk.
  4. Masak sehingga kentang dan daging empuk. Tambahkan garam.

Mudah bukan? Hanya kisar, gaul, dan tinggal. Lauk yang sesuai dimasak tatkala kesempitan masa.

*125 ml santan mungkin tidak cukup pekat. Selalunya, rasa kuah agak ‘hilang’ bila dimakan dengan nasi, walaupun rasa sudah cukup bila dicuba ketika memasak. 250 ml santan mungkin lagi molek.

**Tambahkan air jika kuah terlalu sedikit tetapi kentang atau daging masih belum empuk.

***Asam keping boleh digantikan dengan daun limau (kaffir leave) ataupun air asam jawa. Asam keping paling sesuai kerana ia kering tapi tebal, lalu memang baik sebagai slow-release rasa masam. 

****Gambar di atas bukan milik saya.

4 comments:

Anonymous said...

asal sempene wpi 1st ek? hmmm

aky said...

apsal colour dia xmacam masak lemak kat msia?
sebab xguna fresh turmeric ker?
ada tipps utk bagi colour dia kuning terang?

Fairuz Zainudin said...

Aktiviti pada WPI pertama membantu rakan2 tahun pertama menempuh suasana baru di luar negara. Mengubati 'homesickness' boleh dikatakan salah satu rencana yang dapat mencapai matlamat demikian. Lantas, lauk masak lemak cili api dipilih kerana lauk ini amat tipikal dihidangkan ibu2 di malaysia.

Sukacita saya ulangi bahawa gambar demikian bukan milik saya. Namun, tidak asing bagi saya kalaulah daging lembu yang digunakan untuk masak lemak cili api, warna lauk agan jadi sedemikian rupa. Kalau anda rebuskan daging lembu di dalam air, air rebusan agan jadi agak kekelabuan, bukan? Hasilnya, warna lauk daging lembu masak cili api akan jadi kuning dengan tona yang agak kekelabuan.
Jika inginkan warna kuning terang, lebihkan kunyit (serbuk atau kunyit hidup, kurangkan santan, dan tambahkan air. Tapi rasanya mungkin tidak seperti yang anda mahukan.
Warna kuning kunyit hidup adalah lebih kejinggaan. Oleh itu, saya tidak pasti ini akan berikan warna yang lebih terang atau tidak.

Rizal said...

Asam keping tu kat Asian groceries (south) ada.