March 16, 2009

Menawan puncak Gunung Kinabalu



Pada 8 Januari 2009 yang lepas, dua ahli Kelab Umno Otago iaitu Farhan dan Munir telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara. Berikut merupakan laporan pendakian mereka:

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulilah, dengan keizinan Allah dapat juga kami titipkan catatan pendakian kami ke gunung Kinabalu pada 8 Januari yang lepas. Pada kami ini adalah satu trip yang sangat menyeksakan diri kami namun, keseronokan tetap membalas segala penat lelah dan peluh yang membasahi tubuh memandangkan kami tidak pernah mendaki sebarang gunung lagi sebelum ini.

Walaupun menjalani latihan yang intensif sebelum mendaki(Munir berenang setiap hari dan Farhan berjongging dua kali sahaja kerana amat malas), semua itu masih lagi tak mencukupi untuk mendaki gunung yang serba tinggi ini. Seronok sebab kami berjaya daki gunung dan berjaya turun ke bawah dengan jayanya tanpa sebarang insiden seperti kecederaan kepada mana-mana bahagian otot kami (kecuali sengal otot yang menyebabkan tak boleh berjalan selama dua hari).

Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa K. Kinabalu pada pukul 4 petang, 8 Januari 2009. Ketibaan kami disambut oleh Gadafi(bekas Presiden OMSA 2007-2008), salah seorang kawan sepengajian kami. Kami bertolak ke Bandaraya Kota Kinabalu untuk membeli barang-barang keperluan sebagai persediaan untuk mendaki gunung.Antara barang-barang yang dibeli adalah windbreaker, makanan berkalori tinggi seperti chocholate bar dan energy bar, lampu suluh kepala dan sarung tangan. Malam itu, kami dibawa bersiar-siar di sekitar Bandar Kota Kinabalu yang terkenal dengan keindahan pantainya.

Keesokkan paginya, kami(Farhan, Munir, Gadafi, dan dua lagi kawannya, Fung dan Melissa) memulakan perjalanan ke Kinabalu Park, iaitu kawasan permulaan pendakian yang terletak di kaki Gunung Kinabalu. Perjalanan mengambil masa selama dua jam manggunakan Toyota Inova yang disewa khas dari syarikan teksi. Kami singgah di pekan Nabalu untuk sarapan pagi sebelum meneruskan perjalanan ke kaki gunung.

Selapas membayar yuran dan penginapan, kami diberi taklimat oleh mountain guide kami, Encik Lusius. Encik Lusius merupakan seorang yang sangat arif tentang Gunung Kinabalu.Beliau sendiri pernah mendaki gunung itu sebanyak 200 kali.Selepas itu, kami pon mereruskan perjalanan ke tempat permulaan pendakian iaitu Timpohon Gate (1.830 m).

Kami memulakan pendakian dari Timpohon Gate lebih kurang jam 11 pagi. Destinasi kami ialah Laban Rata (altitude 3.353 m), tempat persinggahan wajib bagi semua pendaki. Pada permulaan perjalanan, kami melalui jalan tanah biasa(macam jalan-jalan kampong biasa) dan tak begitu cerun. Udara dalam hutan sangat nyaman dan boleh kedengaran burung-burung berkicau. Baru jalan setengah kilometer, badan dah mula sengal-sengal tapi belum letih lagi, ada lagi 5.5 km lagi untuk diharungi sebelum sampai laban rata – tempat di mana kami akan bermalam.

Terdapat lapan pondok rehat dalam perjalanan ke Laban Rata. Setiap pondok rehat mempunyai tandas dan bekalan air tidak dirawat. Terdapat juga penanda aras jarak antara pondok sebelum dan sesudahnya. Pondok pertama yang kami sampai ialah Pondok Kandis. Masa ini kami masih segar bugar lagi. Badan baru gementar sahaja belum penat sangat lagi. Ketika ini kalau tak silap kita baru berjalan sejauh 0.6 kilometer. Kami berhenti untuk ambil nafas, minum dan makan coklat untuk dapatkan tenaga. Di sini jugalah kami berpeluang untuk berbual dengan pelawat dari luar negara dan dalam negara. Terdapat banyak pelancong dari luar Negara. Kebanyakannya datang dari Eropah dan Jepun.

Kami meneruskan perjalanan ke pondok Ubah. Di kiri dan kanan jalan terdapat tali yang menghalang kami dari jatuh. Terdapat juga tangga-tangga kayu yang dibina untuk membantu mendaki cerun-cerun yang tinggi. Kami melalui Pondok Ubah (2.059 m), Pondok Lowill, Pondok Mempening (2.518 m), Pondok Layang-layang (2.621 m), Pondok Vilarosa (2.942 m), dan Pondok Pakka (3.072 m), sebelum akhirnya tiba di Laban Rata (3.353 m). Jumlah perjalanan  ialah 8.5 km.

Cuaca ketika pendakian sangat baik namun agak sejuk(sekitar 25 darjah celcius) dan beransur turun sehingga 17 darjah celcius ketika kami tiba di Laban Rata. Kami berpeluang pelihat keindahan alam ciptaan Allah yang tidak terdapat di kawasan lain. Terdapat banyak spesis pokok yang tidak pernah kami jumpai. Kami melalui hutan Dipterocarpaceae pada awalnya dan ianya beransur-ansur berubah menjadi huan lumut dan Hutan Rhododendron.

Dalam perjalanan ke Laban Rata, kami terserempak dengan ‘courier’ mengangkut bakul yang sangat besar dan ada yang mengangkut tong gas naik dan turun gunung. Menurut Lusius, mereka mengambil upah mangangkut bekalan makanan untuk sebuah restoran di Laban Rata. Mereka berjalan dengan sangat laju dan ada juga yang berlari.

Setibanya kami di Laban Rata, kami terus memasuki sebuah restoran di situ. Pemandangan di restoran itu sangat cantik. Kami dapan melihat Bandaraya Kota Kinabalu dari situ. Masa ketika itu ialah pukul 5 pm. Kami sangat keletihan dan lapar. Mujurlah ada makan malam disediakan. Terdapat beraneka pilihan makanan dan kami makan sepuas-puasnya sebagai bekalan untuk meneruskan perjalanan.

Terdapat beberapa rumah penginapan di Gunting Lagadan namun sewanya agak mahal. Kami memutuskan untuk menginap di Gunting Lagaban Hut yang terletak 100m dari restoran. Kami rasa sangat mual kerana terpaksa mendaki selepas makan. Walaupon harganya agak murah, hut itu tidak dilengkapi system pemanas. Suasana di dalam hut itu sangat sejuk(15 darjah celcius) dan kami terpaksa memakai baju sejuk. Namun begitu, kebersihannya agak baik dan kami dapat menunaikan solat dan rehat dengan selesa.

Pada malam itu, kami berkesempatan berkongsi pengalaman dengan pendaki dari luar negara. Kami sempat berbual dengan seorang pengunjung warga Jerman.Apa yang menariknya dengan pengunjung ini ialah dia dapat berbahasa Malaysia dan mampu bertutur dengan loghat Kelantan!Kami mula tidur sekitar jam 9 pm selepas selesai mangurut kaki yang lenguh.

Lebih kurang pukul 2 pagi, kami dikejutkan oleh Lusius untuk bersiap meneruskan perjalanan. Perjalanan terpaksa diteruskan memandangkan kami perlu tiba di puncak sebelum matahari terbit(jam 6 pagi) kerana perjalanan akan menjadi mustahil selepas pukul 9 pagi kerana puncak akan diselubungi kabus dan keadaan adalah sangat berbahaya. Selepas bersiap,kami meneruskan perjalanan bersama kumpulan-kumpulan pendaki yang lain. Berpandukan lampu suluh dan cahaya bulan, kami meneruskan perjalanan dengan menaiki tangga dan jalan berbatu. Kami juga menggunakan akar-akar pokok sebagai tempat untuk berpijak dan pegangan. Keadaan ketika itu sangat gelap. Mujurlah kami menggunakan lampu suluh yang dapat dilekatkan di kepala,jadi mudah bagi kami untuk memanjat dan manggunakan tangan.

Perjalanan itu cukup lama sehingga ada pengunjung yang muntah-muntah dan sakit kepala. Sakit kepala itu berpunca  daripada altitude sickness, dimana udara yang sangat nipis menyukarkan penafasan dan badan menjadi sangat lemah.Pendaki-pendaki yang sudah lanjut usia selalunya berhenti berehat untuk mengumpulkan tenaga.

Setelah selesai mandaki tangga yang sangat tinggi itu, kami tiba di kawasan batu granit yang khas untuk Gunung Kinabalu.Kawasan ini dipenuhi oleh batu-batu granit berbentuk gerigi dan tidak terdapat apa-apa tumbuhan pon disini. Angin mula bertiup kencang kerana ketiadaan pokok dan kami mula terpaksa memakai sarung tangan kerasa cuacanya yang sangat sejuk.Mulai dari sini sehingga ke puncak, jalur pendakian ditanda dengan menggunakan tali guni. Setiap orang perlu berpegang kuat pada tali itu untuk mendaki kawasan-kawasan yang sangat curam.

Kami tiba di pos yang terakhir iaitu Sayat-Sayat Hut(3.810m) pada pukul 4 pagi, dimana pemeriksaan keatas pendaki dijalankan sebelum dapat meneruskan pendakian. Perjalanan diteruskan dengan mendaki cerun yang agak curam namun kurang berbahaya berbanding cerun yang sebelumnya.Kawasan itu mula diselaputi gerimis dan kabus. Kami terpaksa berjalan dengan berhati-hati kerana tiupan angin yang kuat dan jalan batu granit yang bertambah lincin. Kami melepasi South Peak(yang disangka puncak tertinggi mulanya), Donkey’s Ears peak dan Ugly Sister peak sebelum tiba di satu dataran yang luas dimana terdapat beberapa kolam air.

Dengan sisa kuderat yang masih ada,kami meneruskan pendakian ke puncak tertinggi kinabalu iaitu Low’s Peak(4.101 m) pada jam 5.30 pagi. Keadaan di puncak itu sangat sejuk (5 darjah celcius) dan Munir membandingkan kesejukkan itu denagn kesejukkan biliknya di Dunedin ketika musim sejuk. Kami bersolat sambil menunggu matahari terbit pada pukul 6.00pagi. Pemandangan di sekitar Gunung Kinabalu ketika matahari terbit itu sangat mengangumkan. Kami berasa amat syukur dan kagum dengan keindahan alam ciptaan yang Maha Besar. Pemandangan cantik yang tak pernah kami lihat salama ini.

Kami memulakan perjalanan turun dari puncak selepas tinggal selama 30 minit di situ. Kami sempat singgah restoran di Laban Rata untuk menikmati sarapan dan tiba di Timpohon Gate pada pukul 4 petang.

Kami bersyukur dan berasa sangat puas kerana berjaya menawan Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara, walaupon terasa sangat letih dan sengal satu badan dan terpaksa berehat selama dua hari selepas itu. Ribuan terima kasih diucapkan kepada saudara Gaddafi, saudara Fung dan saudari Melissa yang banyak membantu sepanjang perjalanan kami. Kami berharap dapat menganjurkan lawatan seperti ini lagi pada masa-masa akan datang.

 

Sekian, Terima kasih.

Farhan dan Munir,

University of Otago, New Zealand.


6 comments:

Anonymous said...

panjangnya, tercungap2 aku membacanya... mantap

Anonymous said...

jumpa tuan puteri gunung kinabalu tak?

Anonymous said...

tabiklah kat encik lusius tu. 200 kali naik gunung kinabalu...

mantap la boleh ingat semua nama pondok yg pelik2 tu.

bunga rafflesia nk tngok kat mana?

i zak said...

wa caya lu lah farhan and munir congratulation anak muda lepas ni boleh daki gunung Everest peak pula ya..

Anonymous said...

CONGRATZ...
InsyaAllah saya akan mendaki Gunung Kinabalu pada 12-13hb Ogos 2009 buat kali pertama.. saya pilih 13hb ogos adalah bertepatan hari lahir yg ke 40.. doakan semoga saya dapat tawan gunung kinabalu

en lucius said...

insyaallah akan sampai pncak
tp kena berusaha skit sebelum naik(training etc):)