June 1, 2011

Rewang 2011


Tempat: Coronation District Hall, Maori Hill.
Tarikh: 14 Mei 2011
Masa: 8 am – 2 pm
                                                                                                                                                                   
Salam sejahtera semua pengunjung blog UMNO Otago. Seperti tahun-tahun yang lalu, Kelab UMNO Otago sekali lagi bekerjasama dengan Kelab Sarjana menganjurkan majlis rewang. Macam dah jadi tradisi bagi kelab UMNO Otago untuk mengadakan aktiviti rewang ni dan seperti biasa sambutan amat menggalakkan. Antara objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar –pelajar undergrad berkenalan dengan kakak-kakak dan abang-abang postgrad serta keluarga mereka.

Ramai pelajar-pelajar undergrad turut serta dalam aktiviti rewang. Masing-masing turun padang berbekalkan ‘alatan rewang’ (pisau dll) serta ‘bakat dapur’  dan kerja-kerja rewang sebenarnya telah bermula sejak malam sebelumnya. Memang meriah. Semua berganding bahu menjalankan tugas masing-masing; ada yang menangis potong bawang, ada yang tekun memotong ubi dan ada yang rajin menolong postgrad menumis di dapur. Ketika rewang, pelajar lama berkenalan dengan pelajar baru, berkongsi pengalaman serta tips-tips ‘survival’ di Dunedin. Silaturrahim terjalin di situ. Misi tercapai.
Sesi makan tengah hari kali ini lebih istimewa dengan kehadiran Yang Berbahagia Datuk Dr.Rosli Mohamed , pengarah MSD New Zealand. Sebelum makan, YB Datuk Dr.Rosli sempat memberikan ucapan yang di dalamnya terkandung maklumat serta mesej penting buat semua; antara yang disebut beliau ialah: 'we should love, respect and understand one another'. Terima kasih Dr. Rosli kerana sudi hadir.

Inilah serba sedikit tentang Majlis Rewang 2011. Terima kasih kepada yang terlibat, kerja keras anda semua amat dihargai. Yang pasti, kita semua mendapat manfaat serta kenangan manis daripada aktiviti tersebut. Sejauh mana merantau, adat dan tradisi tetap dipegang. Rewang di bumi asing tetap meriah dan indah; saling tak tumpah seperti di kampung halaman.  

Di kesempatan ini juga ingin diperkenalkan barisan ahli jawatankuasa tinggi Kelab UMNO Otago bagi tahun 2011 :
Penegrusi:  Izdham Zainal
Naib pengerusi: Akmal Shahir
Setiausaha: Siti Fairuz Latif
Penolong Setiausaha: Nur Fauziani  Zainul Abidin
Bendahari: Nini Rahman

Jom lihat apa yang berlaku sekitar aktiviti rewang

potong- memotong bersama


Fairuz, Izdham  dan Akmal meninjau tempat masak

En. President buat 'spot check'



Kurma Kambing


Seronoknya masak ramai-ramai


Pengerusi Majlis, Hafiz mengendalikan sesi suai kenal


Yang berat sama dipikul

Ucapan daripada YB Datuk Dr. Rosli Mohamed

makan!



Chief Chef: En. Hasbullah


Selesai makan, kerja membersih dan mengemas bermula

Wajah-wajah Rewang 2011



1 comment:

perantau said...

teruskan usaha murni ini...tahniah kepada semua