August 1, 2013

Majlis berbuka puasa perdana

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, pada 21 Julai 2013 pihak KUO dengan kerjasam OUPersada, Sarjana dan OMSA telah berjaya melaksanakan program iftar atau berbuka puasa perdana di Dunedin. Suasana Iftar dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa VIP yang turut sama-sama menyertai program iftar kali ini.

Antara VIP yang hadir ialah:

1) Her Excellency Mrs. Rosmidah Zahid (High Commissioner of Malaysia to New Zealand)
2) Mr James Koh (Counsellor (Political & Economic) & Head of Chancery)
3) Encik Mohd Erfino Johari (Director, Education Malaysia New Zealand)
4) Mrs. Hjh. Salmah Kassim (Education attache, Education Malaysia New Zealand)

Objektif majlis ini adalah:


            1.   Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama umat Islam dan juga yang bukan Islam.
            2.   Menyemarakkan bulan Ramadhan dengan aktiviti yang bermanfaat
            3.   Menggalakkan kebersamaan pelajar dalam menyambut bulan Ramadhan
            4.   Meningkat motivasi pelajar untuk terus berusaha dalam ibadah dan juga pelajaran masing-                             masing.        

Aturcara program seperti berikut:



4.15 ptg - Ketibaan tetamu
4.45 ptg - Persiapan berbuka
5.15 ptg - Solat Maghrib
5.45 ptg - Ucapan Pengerusi Majlis
5.50 ptg - Ucapan PYT Ambassador
6.10 ptg - Iftar
7.00 mlm – Sesi soal dan jawab bersama Ustaz Erfino dan PYT Ambassador

8.00 mlm - Solat Isya' dan Tarawih
9.00 mlm - Moreh & Majlis bersurai




        Hampir kesemua pelajar di dunedin turun bagi memeriahkan program iftar ini tidak kiralah melayu,cina,india dan bumiputra. Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pihak dan matlamat perlaksanaan program ini juga tercapai. Kami berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Sekian.

Galeri gambar





July 10, 2013

Pertandingan Debat Ala-Parlimen

Pada 4-5 Julai 2013 yang lalu, Kelab UMNO Otago telah menghantar pasukan bahas untuk bertanding dalam pertandingan bahas ala parlimen yang merupakan acara tahunan sempena Bersatu Games. Ianya melibatkan perlawanan antara Kelab-kelab UMNO di seluruh New Zealand. Antara kelab-kelab yang menyertai pertandingan ini ialah Kelab UMNO Auckland dan Wellington. Pelajar-pelajar yang mewakili Kelab UMNO Otago pada tahun ini ialah:

1) Saiful Azrie
2) Faizul Abdul Rahman
3) Najwa NurDiyana
4) Crystal Cassandra Paul

Pasukan Kelab UMNO Otago telah berjaya ke peringkat akhir pertandingan dan bertemu dengan Kelab UMNO Weliington. Namun, nasib tidak menyebelahi apabila KUO telah tewas kepada Kelab UMNO Wellington. Walaubagaimanapun, kekalahan tersebut terubat apabila Najwa NurDiyana telah dinobat sebagai pembahas terbaik pada malam itu.

Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut:


Johan: Kelab UMNO Wellington
Naib Johan: Kelab UMNO Otago
Tempat ke-3: Kelab UMNO Auckland 

Tahniah kepada wakil pasukan bahas Otago!!!! Anda semua telah beraksi dengan sangat hebat dan kami pelajar-pelajar Otago yang menyaksikan perlawanan tersebut amat terpesona dengan kehebatan anda semua. Semoga tahun hadapan kita akan menjadi johan pula.

Gambar-gambar















May 1, 2013

Program tramping ke Signal Hill

      Pada 14 April 2013 yang lalu, pihak Kelab UMNO Otago telah sekali lagi berjaya melaksanakan program kesukanan iaitu tramping dan kali ini kami telah menawan puncak Signal Hill, Dunedin. Seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar University of Otago telah menyertai program "tramping" pada tahun ini. Matlamat program ini adalah untuk:


1.      Menanam semangat cintakan alam sekitar
2.      Menggalakkan pengamalan gaya hidup yang sihat

3.      Merapatkan hubungan silaturrahim antara masyarakat Malaysia di Dunedin, New Zealand.

Poster promosi program

Aturcara program adalah seperti berikut:

Masa
Aktiviti
9.00 pagi
Para peserta berkumpul di hadapan bangunan OUSA Recreation Centre
9.15 pagi
Para peserta bergerak ke tempat permulaan tramping dengan menaiki kenderaan yang disediakan pihak penganjur.
9.30 pagi
Sesi regangan dan Energy Bar serta pisang diagihkan kepada para peserta sebagai pembekal tenaga sebelum memulakan aktiviti.
10.00 pagi
Aktiviti tramping bermula
11.00 – 12.00 tengahari
Para peserta tiba ke puncak Signal Hill.
Para peserta diberi masa selama sejam untuk berehat di puncak. Makanan tengahari turut disediakan oleh pihak penganjur.
12.00 tengahari
Para peserta memulakan perjalanan turun semula ke kaki bukit.
12.30 tengahari
Para peserta tiba di kaki bukit.
Para peserta dihantar semula ke tempat berkumpul.
Majlis bersurai.
      
      Secara keseluruhannya program ini telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna dan matlamat program telah berjaya dicapai.

Gambar-gambar aktiviti
          












                        

May 12, 2012

Jemputan ke aktiviti 'Tramping'

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Untuk pengetahuan semua, program Kelab Umno Otago yang seterusnya pada tahun ini ialah 'Tramping' di Mount Cargill. 



Berikut merupakan tentatif program:

8.00 pg- Peserta berkumpul di hadapan bangunan Club and Socs
8.30 pg- Bertolak ke Mount Cargill
9.00 pg- Taklimat dan sesi ' warm up'
9.30 pg- 'Tramping' bermula
11.00 pg- Tiba di puncak Mount Cargill, sesi fotografi di puncak
11.30 pg- Turun Mount Cargill
12.30 tgh- Tiba di kaki gunung, makanan diberikan
1.30 ptg- Aktiviti berakhir, bertolak kembali ke bangunan Club and Socs

Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 13 tahun dan ke atas. Tiada yuran penyertaan dikenakan, malah pengangkutan dan makanan juga akan disediakan. Student medic akan bersama-sama dalam program ini sebagai persediaan bagi sebarang kecemasan.

Antara barang keperluan yang perlu dibawa peserta:
  • Air minuman
  • Baju sesuai untuk cuaca sejuk dan aktiviti lasak seprti puffer jacket
  • Glove
  • Kasut yang sesuai untuk aktiviti mendaki
  • Chocolate bar/energy bar/muesli bar


Para peserta diminta berkumpul di hadapan bangunan Club and Socs pada pukul 8 pagi, Ahad.


Sesiapa yang berminat boleh menghantar email kepada KUO dia umno_otago@yahoo.com ataupun dengan menghantar reply di group facebook kami 'Tramping KUO' selewat-lewatnya sebelum hari Jumaat (18 Mei 2012)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:


Nabila Saadon (HSFY) : 0211026515

'Ainuddin (HSFY) :0220463624


* Program ini tertakluk kepada perubahan cuaca. 

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA ! 

April 21, 2012

Dunedin Health Carnival dan Hari Keluarga UMNO


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Kami, Kelab UMNO Otago dan ISMA dengan berbesar hati ingin menjemput semua warga Malaysia di Dunedin ke Dunedin Health Carnival & Hari Keluarga UMNO 2012 yang merupakan kolaborasi bersama Kelab UMNO Otago dan ISMA. Tujuan utama adalah untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan kesihatan, di samping mengeratkan hubungan sesama warga Malaysia di Dunedin.

Butiran aktiviti adalah seperti berikut:

Tarikh: 22 April 2012 (Ahad)
Masa : 10 pagi - 5 petang
Tempat : Hunter Center

Bagi Hari Keluarga UMNO, pelbagai aktiviti menarik disediakan dan kami menggalakkan penyertaan daripada semua lapisan masyarakat Dunedin untuk memeriahkan Hari Keluarga UMNO ini.


Untuk golongan kanak-kanak, antara aktiviti 'indoor' yang dipertandingkan ialah;
 1) 'Step On The Balloons'
 2) Tiup Belon
 3) 'Mummy Return', dan
 4) Pertandingan Mewarna. 

Bagi golongan 'undergraduates' dan juga 'postgraduates', kami turut menganjurkan  aktiviti 'outdoor' iaitu 'Amazing Race' di mana ianya mirip rancangan TV bertajuk 'Running Man'. 
Syarat-syarat minimum penyertaan ialah;
1) Sekurang-kurangnya 5 orang dalam setiap pasukan (termasuk ketua pasukan)
2) Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan
3) Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang 'postgraduate', seorang senior 'undergraduate' dan juga seorang junior 'undergraduate'
Para peserta boleh membina pasukan masing-masing sebelum hari pertandingan dengan menghantar email kepada imperidal@hotmail.com (Tahfiz Taffazani)

Penyertaan dihadkan kepada  4 pasukan terawal sahaja. 
Maklumat lanjut syarat-syarat pertandingan akan diterangkan pada hari berkenaan.


Sebarang pertanyaan mengenai Hari Keluarga UMNO boleh diajukan kepada:
Siti Sakinah Abdul Karim (02102887350)
Tahfiz Taffazani Ahmad Zamri (0226973801)

Bagi Karnival Kesihatan Dunedin pula, antara program yang telah diatur termasuklah pemeriksaan badan dan gigi, 'Medical Forum', 'Ibn Sina Medical Quiz', pameran kesihatan dan lain-lain lagi. 


Berikut disertakan tentatif Dunedin Health Carnival dan Hari Keluarga UMNO

Makanan ringan akan disediakan kepada semua yang hadir pada hari berkenaan. 'Potluck' juga dialu-alukan.



Kami berharap agar warga Dunedin dapat ramai-ramai datang memberi sokongan serta memeriahkan Karnival Kesihatan Dunedin & Hari Keluarga UMNO yang julung-julung kali diadakan ini.