Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

July 10, 2013

Pertandingan Debat Ala-Parlimen

Pada 4-5 Julai 2013 yang lalu, Kelab UMNO Otago telah menghantar pasukan bahas untuk bertanding dalam pertandingan bahas ala parlimen yang merupakan acara tahunan sempena Bersatu Games. Ianya melibatkan perlawanan antara Kelab-kelab UMNO di seluruh New Zealand. Antara kelab-kelab yang menyertai pertandingan ini ialah Kelab UMNO Auckland dan Wellington. Pelajar-pelajar yang mewakili Kelab UMNO Otago pada tahun ini ialah:

1) Saiful Azrie
2) Faizul Abdul Rahman
3) Najwa NurDiyana
4) Crystal Cassandra Paul

Pasukan Kelab UMNO Otago telah berjaya ke peringkat akhir pertandingan dan bertemu dengan Kelab UMNO Weliington. Namun, nasib tidak menyebelahi apabila KUO telah tewas kepada Kelab UMNO Wellington. Walaubagaimanapun, kekalahan tersebut terubat apabila Najwa NurDiyana telah dinobat sebagai pembahas terbaik pada malam itu.

Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut:


Johan: Kelab UMNO Wellington
Naib Johan: Kelab UMNO Otago
Tempat ke-3: Kelab UMNO Auckland 

Tahniah kepada wakil pasukan bahas Otago!!!! Anda semua telah beraksi dengan sangat hebat dan kami pelajar-pelajar Otago yang menyaksikan perlawanan tersebut amat terpesona dengan kehebatan anda semua. Semoga tahun hadapan kita akan menjadi johan pula.

Gambar-gambar















May 1, 2013

Program tramping ke Signal Hill

      Pada 14 April 2013 yang lalu, pihak Kelab UMNO Otago telah sekali lagi berjaya melaksanakan program kesukanan iaitu tramping dan kali ini kami telah menawan puncak Signal Hill, Dunedin. Seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar University of Otago telah menyertai program "tramping" pada tahun ini. Matlamat program ini adalah untuk:


1.      Menanam semangat cintakan alam sekitar
2.      Menggalakkan pengamalan gaya hidup yang sihat

3.      Merapatkan hubungan silaturrahim antara masyarakat Malaysia di Dunedin, New Zealand.

Poster promosi program

Aturcara program adalah seperti berikut:

Masa
Aktiviti
9.00 pagi
Para peserta berkumpul di hadapan bangunan OUSA Recreation Centre
9.15 pagi
Para peserta bergerak ke tempat permulaan tramping dengan menaiki kenderaan yang disediakan pihak penganjur.
9.30 pagi
Sesi regangan dan Energy Bar serta pisang diagihkan kepada para peserta sebagai pembekal tenaga sebelum memulakan aktiviti.
10.00 pagi
Aktiviti tramping bermula
11.00 – 12.00 tengahari
Para peserta tiba ke puncak Signal Hill.
Para peserta diberi masa selama sejam untuk berehat di puncak. Makanan tengahari turut disediakan oleh pihak penganjur.
12.00 tengahari
Para peserta memulakan perjalanan turun semula ke kaki bukit.
12.30 tengahari
Para peserta tiba di kaki bukit.
Para peserta dihantar semula ke tempat berkumpul.
Majlis bersurai.
      
      Secara keseluruhannya program ini telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna dan matlamat program telah berjaya dicapai.

Gambar-gambar aktiviti
          












                        

April 13, 2012

Lawatan Pelajar UTM ke Universiti Otago

13 April 2012- Seramai 12 orang pelajar Fakulti Sains(Fizik) Universiti Teknologi Malaysia telah mengadakan lawatan ke Universiti Otago pada 13 April yang lalu di bawah program 'New Zealand Exploration Programme,NEWZEX 2012'. Mereka tiba di Universiti Otago pada pkl 12 tengah hari. Mereka telah disambut oleh wakil dari University of Otago International Office, Otago Malaysian Student Association dan juga Kelab UMNO Otago sendiri.

Setibanya mereka di Universiti Otago, mereka dibawa meninjau Department of Physics University of Otago . Mereka berpeluang mendengar mendengar 'presentation' daripada Dr Pat Langhorne yang merupakan Head of Physics Department University of Otago. Mereka juga dibawa melihat 'coldroom' dan juga makmal-makmal yang digunakan oleh pelajar phD. Setelah itu, mereka dibawa melawat kawasan sekitar Universiti Otago sebelum ke International Office untuk 'welcoming tea'. Sebelum bertolak pulang, mereka berpeluang berjalan-jalan di Dunedin City.

Semoga lawatan 11 hari mereka di New Zealand dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan yang berguna untuk mereka dan dikenang sampai bila-bila.

'Jauh Berjalan, Luas Pemandangan'




SILA 'KLIK' UNTUK KE GALERI GAMBAR