May 5, 2009

Ulasan Soccer Social League (02/05/09)

Ulasan Soccer Social League

 

Pada 2 May yang lalu,pasukan Lavin Dimante telah mengadakan perlawanan bola sepak menentang Pharmacy dan Channel 4 News Team bertempat di Logan Park pada pukul 9pagi. Pasukan Lavin Dimante tewas 2-3 dalam perlawanan pertama dan seri 4-4 pada perlawanan kedua.Secara keseluruhan  perjalanan game berjalan lancar, (mungkin disebabkan kehadiran pemain-pemain yang begitu awal untuk warm up sebelum perlawanan).Walaupun banyak gol dihasilkan oleh penyerang-penyerang otai, pasukan Lavin Dimante masih perlu mencari formula untuk memantapkan sistem pertahanan pasukan.

  

Levin Diamante

Nama

Rating

Faried

6

Paan

6

Junaid

7

Khidir

-

Cash

7 (key player)

Amin

7

Buk

6

Hikmat

6

Faza

-

Wado

8(star man)

Iqbal

6

Boss

7

Amir

6

 Rating max 10

 

Man of the match- Dalam meeting selepas perlawanan, para pemain bersetuju menganugerahi saudara Wado sebagai man of the match, mengatasi Iqbal. Berbekalkan 3 gol sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau setanding dengan pemain-pemain hebat Asia seperti Park Ji Sung, Elli Alboy dan Bambang Pamungkas. Manakala Iqbal kelihatan agak letih minggu ini kerana tidak cukup tidur menyiapkan 200 soalan  progress test medicine.

                       

Pemain harapan-Abang Cash telah dipilih menjadi pemain harapan minggu ini berdasarkan  gol yang cantik dan hantaran bola yang tepat. Kehadiran Cash atau lebih senang dikenali sebagai Cash Fabregas yang  hanya bermain pada perlawanan kedua memberi semangat kepada semua player yang bangkit dari ketinggalan 0-3. Faried pula membuktikan bahawa dia sememangnya seorang pemain yang versatile kerana dapat bermain sebagai defender dan striker (kadang-kadang tidak mampu kembali ke posisi asal kerana  senang  pancit).

 

Pemain yg perlu diberi perhatian- Pada minggu ini Amin (kapten pasukan) mengumumkn semua player bermain dengan baik dan lebih berstamina berbanding minggu lepas. Menurut beliau, surah-surah pendek yang dibaca sebagai amalan harian adalah kunci kekuatan diri. Namun begitu, perhatian pelu diberikan kepada Faza yang gagal memberikan alasan untuk tidak hadir. Difahamkan bahwa beliau masih lagi bertungkus lumus berhenti merokok untuk meningkatkan stamina. Nama  player seperti  Wado  dicadangkan supaya diketengahkn ke peringkat yang lebih tinggi kerana beliau mmpunyai kemahiran seperti pemain-pemain estate yang mntap.

Gambar pasukan selepas perlawanan - well done guys


Cash Fabregas berbincang tentang Anatomy dengan Wado


Farid yang versatile     


Iqbal yang menjadi substitute player sempat lagi bergambar


Paan sedang menunggu bola untuk diselamatkan di gawang gol

2 comments:

Anonymous said...

gambar x ada ke

Kelab UMNO Otago said...

dah ada gambar dah. sorry lambat skit :)