Showing posts with label perkongsianilmu. Show all posts
Showing posts with label perkongsianilmu. Show all posts

May 28, 2009

Laporan WPI 3: "Sharing with Graduates"

LAPORAN WADAH PERKONGSIAN ILMU 3 :  “SHARING WITH GRADUATES” 

      Wadah Perkongsian Ilmu yang ke-3 kali ini bertemakan “ Sharing With Graduates” . Butiran-butiran aktiviti adalah seperti berikut :

                        Tempat : Burns 2 Lecture Theatre

                        Masa : 6.00 – 7.30 malam

                        Tarikh : 23 Mei 2009 (Sabtu) 

      Empat orang panel yang dijemput terdiri daripada graduan-graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang perubatan dan salah seorang daripada mereka merupakan pengasas PERSADA. Mereka adalah Siti Suria Wati Isa, Nurul Huda Zakaria (MBChB), Nur Farhana Mohamad (MBChB) dan Azalea Md Khairuddin (MBChB). Seramai lebih kurang 50 orang hadir di majlis ini termasuk ahli keluarga para panel.

      Perbincangan dibahagikan kepada dua slot. Dalam slot yang pertama, para panel berkongsi pengalaman suka duka sepanjang berada di Dunedin dan perasaan mereka setelah berjaya menamatkan pengajian. Antara cabaran utama yang dihadapi ialah penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran di universiti. Malah, mereka terpaksa membiasakan diri dengan loghat orang tempatan yang sedikit berbeza. Walau bagaimanapun, mereka berasa sangat bersyukur dan lega kerana usaha mereka selama lebih kurang enam tahun akhirnya berbaloi dengan kejayaan yang dimiliki.

      Soalan-soalan yang lebih serius diajukan kepada para panel dalam slot yang kedua. Isu-isu yang disentuh adalah seperti berkahwin semasa belajar, persatuan di Dunedin dan berkhidmat untuk negara. Bagi Kak Siti yang berkahwin ketika sedang mengambil diploma, beliau berpendapat hal ini bukanlah masalah yang besar jika seseorang itu dapat menguruskan tanggungjawab sebagai seorang isteri atau suami dan pelajar. Manakala tiga panel yang lain yang masih lagi bujang , mereka berasa sukar untuk memberikan tumpuan di dalam pelajaran dan kehidupan berumah tangga sekaligus. Soalan tentang kepentingan penubuhan PERSADA diajukan khas kepada Kak Siti yang merupakan salah seorang pengasas PERSADA. Menurut beliau, objektif penubuhan PERSADA adalah untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar tajaan dan sebagai sebuah persatuan yang dapat menganjurkan aktiviti-aktiviti berunsurkan kerohanian. Menyentuh tentang isu yang terakhir, Azalea membuat keputusan untuk menimba pengalaman bekerja di New Zealand sebelum pulang untuk berkhidmat di Malaysia dengan lebih cemerlang. Berbeza dengan Nurul Huda yang sudah bekerja di Malaysia, pengalaman bekerja mungkin berbeza mengikut tempat tetapi bekerja di negara sendiri sama baiknya bekerja di negara orang.

      Selepas kedua-dua slot tamat, para panel dan hadirin dijemput ke Evision Lounge, Club and Socs untuk jamuan makan. Di sini, hadirin mengambil peluang untuk berkenalan dan bertanyakan soalan dengan lebih peribadi kepada para panel. Jamuan tamat pada pukul 8.30 malam.

May 27, 2009

WPI 4: Gateway to Mandarin


Salam dan Salam Perpaduan.
 
Pernahkah anda terfikir untuk mempelajari Bahasa Mandarin?
 
Jadi DATANGLAH beramai-ramai ke Wadah perkongsian Ilmu (WPI) 4 yang bertajuk "Gateway to Mandarin'. Dalam WPI ini, anda akan didedahkan tentang:
 

v  LATAR BELAKANG DAN SEJARAH BAHASA MANDARIN 

v  IDEA ASAS MENGENAI BAHASA MANDARIN

v  SISTEM SEBUTAN BAHASA MANDARIN


Tarikh: Sabtu 30 Mei 2009 
Tempat : Burns 2
Masa : 11.00am - 1.00pm
 
Ahli Panel: Pn Low Hiang Loon, Pensyarah Bahasa Mandarin UiTM Shah Alam (Currently, doing PhD in University of Otago. Research in Chinese Vocabulary)
 
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Syahril (0210303815).

May 22, 2009

Wadah Perkongsian Ilmu ke-3: Sharing with Graduates

There will be a talk this weekend with the Dunedin Pioneer Batch and it's a life time opportunity that you can't miss! Four panels will be with us to share almost everything that you want to know.. They've been there. They've done that. Especially for medic students, you guys can meet the panels personally after the talk if you want to ask anything. Details are provided in the poster attached.


April 5, 2009

Laporan WPI #1: Survival in Dunedin

Laporan WPI #1: Survival in Dunedin

Pada 29 Mac 2009, program petama Wadah Perkongsian Ilmu(WPI) telah berlangsung di Evison Lounge Clubs and Socs Building. WPI kali ini bertemakan “Survival in Dunedin”. Majlis bermula dari jam 11 pagi hinggalah ke jam 1 tengah hari. Lebih daripada 20 orang pelajat tahun pertama hadir pada majlis ini. Pelajar lama turut hadir memberikan sokongan dan bersama-sama berkongsi pendapat dan pengalaman. Program kali ini melibatkan 4 orang ahli panel kesemuanya yang terdiri daripada Faried, Praveene, Ameline dan Nurulain. Adila yang merupakan salah seorang tenaga penggerak WPI bertindak selaku pengerusi majlis.
Perbincangan dimulakan oleh Nurulain yang berkongsi pengalaman beliau tentang tips-tips untuk cemerlang dalam Health Science First Year. Beliau menerangkan tips penting bagi setiap subjek dan cara-cara pembelajaran efektif untuk subjek tersebut.
Slot kedua diteruskan oleh Praveene dengan kupasan tentang “How to survive during winter”. Beliau dengan penuh semangat telah memberikan informasi yang amat berguna seperti pakaian yang perlu dipakai ketika musim sejuk, kedai-kedai untuk membeli baju sejuk dan cara-cara untuk menjimatkan eletrik ketika musim sejuk bagi mereka yang “flatting”.
Selepas itu, ahli panel yang ketiga iaitu Ameline menerangkan tentang “Flat Hunting” dan cara-cara untuk mendapatkan tiket bagi mereka yang ingin pulang ke Malaysia pada cuti summer. Tips yang diberikan oleh Ameline amatlah berguna terutamanya cara-cara untuk mendapatkan flat yang bagus memandangkan kebanyakan daripada pelajar baru akan menyewa pada tahun depan.
Akhir sekali, ahli panel yang terakhir iaitu Mohd. Faried telah diberikan tugas untuk membincangkan tentang topik “Summer in Dunedin” di mana para pelajar boleh bekerja di lading buah ataupun bekerja di Dunedin. Beliau berkongsi dengan pelajar tentang pengalaman beliau bekerja di Fairview Orchard semasa cuti summer. 
Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan lancar dan semua pelajar baru dan lama berpuas hati dengan isi kandungan majlis pada kali ini. Walaubagaimanapun, WPI kali ini bermula lewat 15 minit kerana masalah teknikal. 

Syahril Ikhwan
Jawatankuasa Penggerak
Wadah Perkongsian Ilmu 

April 2, 2009

WPI #2: PPSMI



PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

·         SETUJUKAH ANDA?

·         APAKAH KEBAIKAN DI SEBALIKNYA?

·         BAGAIMANAKAH PULA DENGAN IMPLIKASINYA?

WADAH PERKONGSIAN ILMU: PPSMI dan Pandangan Anda mempersilakan anda untuk membuka minda, menyumbangkan suara dan menyalurkan idea.

TARIKH            : SUNDAY, 5th APRIL 2009

TEMPAT           : BURNS 2 LECTURE THEATRE

MASA             : 2.00 – 4.00 pm

PENCERAMAH:

          1. ENCIK AHMAD SABRY OTHMAN

Pensyarah Bahasa Inggeris Institut Perguruan Kota Bharu

Pelajar Ijazah Kedoktoran University of Otago, NZ  pengkhususan dalam Perlaksanaan PPSMI di Sekolah Rendah Malaysia

          2. PUAN NIK NORLAILI  

     Guru Bahasa Inggeris SMK Puteri, Kota Bharu

 

 

March 24, 2009

WPI #1: Surviving in Dunedin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

WADAH PERKONGSIAN ILMU (WPI)

Anda pelajar tahun pertama Uni of Otago? Pertama kali ke luar Negara? Ataupun Dunedin? Dan pastinya banyak soalan yang bermain dalam fikiran anda.. Segala soalan anda boleh diajukan kepada ahli panel dengan menghadiri Wadah Perkongsian Ilmu pada Ahad ini, 29 Mac 2009 anjuran KELAB UMNO OTAGO.

Antara topik yang dibincangkan :

l      SURVIVING Health Science & First Year (Tips penting) by Nurulain

l      WINTER in Dunedin (Risaukan winter??) by Praveene

l      FLAT hunting, Ticket finding and Traveling (Nak balik Malaysia??) by Ameline

l      SUMMER in Dunedin (Nak dapat banyak $$$) by Faried

Tarikh: 29 March 2009 (Ahad)

            Tempat: Evison Lounge, Clubs and Socs Building

            Masa: 11a.m – 1p.m

 

SEBARKAN (jangan tak sebar!!) kepada rakan-rakan untuk memeriahkan aktiviti ini.

* Sebarang pertanyaan sila ajukan kepada Munir (0212320760), Sarah (02102473994)

March 23, 2009

Wadah Perkongsian Ilmu (WPI)

Salam & Greetings!!!

New event to be organized soon...

Wadah Perkongsian Ilmu (WPI)
anjuran Biro Penerangan Kelab UMNO Otago

Objectives:
1. Providing a platform for academic and knowledge sharing session
2. Organizing 'kuliah agama' for Muslims
3. Enhancing post-under grad bond (and also PR)
4. Keep update with current issues (politics,econ,tech etc)
5. Discussion and critics of particular topic presented.

First session this Sunday 29 March 2009
Topic: Surviving in Dunedin

Future session proposals:
1. A session with first year students.
2. PPSMI* by Abang Sabry and Kak Lily (Early April)
3. Something about Islamic Banking in Malaysia by Abang Asri
4. Bengkel Penulisan Kreatif by Kak Dlyn (Malaysian Novelist)
etc...

We need your ideas and topic proposals to make this event happen!!!
Questions to ask? Contact Munir Muji (+642320760)
or if you have Facebook, share your thoughts here.


p/s: We need your responses!! :D

*Perlaksanaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris