May 28, 2011
Yang lama bertukar baru, legasi diteruskan; 2011
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu 1Malaysia kepada semua pengunjung blog UMNO Otago. Mesti ramai yang tertanya-tanya apa dah jadi dengan UMNO Otago? Blognya sepi tanpa berita..dah terkubur atau masih aktif berjalan? Di pihak sidang ridaksi kami memohon maaf atas kesunyian yang berpanjangan. Hakikatnya Kelab UMNO Otago masih aktif dan kini, tahun 2011 menampilkan barisan peneraju kelab yang baru. Legasi bertukar tangan namun perjuangan dan semangat masih sama. Yang pasti legasi ini bukan legasi lalang. Pelbagai aktiviti menarik telah diatur bagi mewarnai tahun 2011. Terima kasih kepada semua yang menyokong Kelab UMNO Otago selama ini. Diharapkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dapat mengeratkan hubungan, merapatkan jurang sesama kita serta membolehkan kita berkongsi rasa sebagai anak Malaysia di bumi New Zealand.
September 7, 2010
Kemeriahan Bazar Ramadhan Otago
BAZAR RAMADHAN OTAGO
HARI: SABTU
TARIKH: 4 SEPTEMBER 2010
MASA: 4 - 6PTG
TEMPAT: PERKAMPUNGAN MALAYSIA, LEITH STREET
(RUMAH STUDENT TESL)
Antara menu-menu yang disediakan ialah;
1)Ikan Bakar Melaka(bersambal)
Ikan Flounders/Sole
2) Mee goreng basah
3) Karipap Sardin/Daging
4) Sri kaya Dania
5) Nasi daging merah di ufuk selatan
6) Nasi goreng pattaya Dunedin
7) Tom yam Vicchuda Damansara Uptown
8) Nasi goreng ayam berempah(special menu:sambal belacan versi Carroll street-limited)
9) Mee goreng mamak
10) Burger ayam/kambing(burger special boleh dibuat atas permintaan)
11) Masala vadai
12) Ayam Percik(size ½ chicken)
13) Kuih cara
14) Kuih keria
15) Nasi lemak antarabangsa(sambal tumis ikan bilis + telur dadar)
16) Popia basah Section 16(versi besar)
17) Roti John
18) Cucur badak
19) Otak-otak
20) Penang Laksa
21) Kicap cap kipas udang
22) Air cincau
You think you don't get enough of Malaysian food? All food were super nice and trust us, you might as well think that you are in Malaysia once you attended this bazaar. (But of course, minus the cool weather lah)
We have some footage of this fabudeliciouslous event too!
Photos credit to Jordan Jerome Asan.
Kami kembali!
Assalamualaikum dan salam sejahtera salam 1Malaysia kepada para pengunjung blog Kelab Umno Otago. Pertama sekali kami dari pihak sidang redaksi kelab memohon maaf di atas ketiadaan sebarang kemas kini dari kami sejak dari cuti musim luruh tempoh hari. Nampak gayanya laman web kami turut bercuti bersama-sama para pelajar University of Otago. Wah, kalau begitu lama juga kami bercuti ya. Cuti musim sejuk luruh dan musim sejuk telah pun berakhir dan baru sekarang kami memunculkan diri kembali seperti bunga-bunga berwarna warni yang kembang mekar di musim bunga.
Rasanya belum terlambat untuk kami pihak admin untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua yang berpuasa tidak kira di mana anda berada. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita semua menjalani ibadah puasa dan sudah tentu kita semua tidak sabar-sabar menunggu kedatangan bulan Syawal setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga.
Oh ya, jangan lupa melawat kami di sini untuk pelbagai update dari kami dan beberapa posts tertunda dari aktiviti yang telah dijalankan oleh para pelajar University of Otago anjuran Kelab Umno Otago dengan kerjasama kelab-kelab Malaysia lain di Otago dalam masa yang terdekat ini!
Admin
April 24, 2010
Winter Break Survey
Salam 1Malaysia everyone!
Sounds and look interesting?
Are you interested? Please respond to this survey before 30th April 2010 by completing the poll at the right side of the blog (Under the Malaysian clock)! Your response is HIGHLY APPRECIATED.
NB: If this survey has a total of about 30 people who are interested in this activity, in God’s willing, it will be carried out. That’s why your vote count!
If you have any questions, please do not hesitate to contact any of us.
Winter's coming and we are very sure some of you might be struggling thinking of where your next destination of choice to spend your break at. Haven't gotten any idea yet?
No worries.
We have a very nice plan for you! It's a one day trip to Deborah Bay, Dunedin. There are a lot of activities you can join and spend your time there.
Horse riding
Farm activities
Beach (picnic and sight seeing)
Sounds and look interesting?
Are you interested? Please respond to this survey before 30th April 2010 by completing the poll at the right side of the blog (Under the Malaysian clock)! Your response is HIGHLY APPRECIATED.
NB: If this survey has a total of about 30 people who are interested in this activity, in God’s willing, it will be carried out. That’s why your vote count!
If you have any questions, please do not hesitate to contact any of us.
Fairuz - sitifairuzlatif@yahoo.com.my
Nasira - teenqueen22@hotmail.com
Nadwanie - nadwanie@yahoo.com.my
Liz - liz.yani@gmail.com
Cheers!
Cheers!
April 22, 2010
Kenali Budaya Rewang
Sejarah rewang
Adat bantu membantu, mengerah tenaga di antara satu sama lain inilah yang dipanggil dengan istilah REWANG menjadikan ianya satu budaya dan adat yang unik dalam masyarakat Jawa. Penglibatan dalam aktiviti rewang seolah-olah menjadi satu yang wajib dan menjadi satu kesalahan yang besar jika ada mana-mana anggota keluarga yang tidak dapat menghadirkan diri dengan alasan yang konkrit.
Misi Amal, Ziarah dan Dakwah
Tatacara adab bergaul dengan masyarakat ada disebut dan dibincangkan di dalam kitab Sairu As-Salikin karangan Syeikh Abdul Samad Palembagi. Beliau membahaskan adab yang bagaimana untuk kita dibolehkan bergaul dengan masyarakat atau tidak. Pertamanya, tidak dibolehkan sekiranya aktiviti tersebut bercampur dengan perkara-perkara maksiat dan boleh merosakkan akhlak, iman & amal. Keduanya dibolehkan atas dasar ta’awun iaitu bertolong-tolongan dalam perkara kebaikan.
Antara lain yang menjadi tarikan anak muda ialah hiburan. Makanya, mana-mana majlis yang tiada hiburan maka kuranglah anak-anak muda yang hadir. Antara hiburan yang dimaksudkan ialah seperti kumpulan kugiran, kuda kepang, joget lambak dan sebagainya. Maka disinilah kita dapat melihat peranan dakwah yang sesuai agar hiburan-hiburan yang melalaikan ini dapat diubah konsepnya kepada hiburan yang lebih Islamik.
Maka jika kita melihat dengan lebih dekat lagi sebenarnya budaya rewang ini merupakan satu medan amal yang besar kerana aktiviti bergotong royong memang menjadi satu amalan masyarakat Melayu umumnya dan budaya rewang ini juga dapat dijadikan satu medan dakwah diperingkat keluarga dan sanak saudara. Maka itulah misi amal, ziarah dan ukhwah menjadi keutamaan kita sebelum mendahulukan nilai adat dan budaya setempat.
Sumber: Budaya Rewang
Subscribe to:
Posts (Atom)













