April 13, 2012

Lawatan Pelajar UTM ke Universiti Otago

13 April 2012- Seramai 12 orang pelajar Fakulti Sains(Fizik) Universiti Teknologi Malaysia telah mengadakan lawatan ke Universiti Otago pada 13 April yang lalu di bawah program 'New Zealand Exploration Programme,NEWZEX 2012'. Mereka tiba di Universiti Otago pada pkl 12 tengah hari. Mereka telah disambut oleh wakil dari University of Otago International Office, Otago Malaysian Student Association dan juga Kelab UMNO Otago sendiri.

Setibanya mereka di Universiti Otago, mereka dibawa meninjau Department of Physics University of Otago . Mereka berpeluang mendengar mendengar 'presentation' daripada Dr Pat Langhorne yang merupakan Head of Physics Department University of Otago. Mereka juga dibawa melihat 'coldroom' dan juga makmal-makmal yang digunakan oleh pelajar phD. Setelah itu, mereka dibawa melawat kawasan sekitar Universiti Otago sebelum ke International Office untuk 'welcoming tea'. Sebelum bertolak pulang, mereka berpeluang berjalan-jalan di Dunedin City.

Semoga lawatan 11 hari mereka di New Zealand dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan yang berguna untuk mereka dan dikenang sampai bila-bila.

'Jauh Berjalan, Luas Pemandangan'




SILA 'KLIK' UNTUK KE GALERI GAMBAR

April 1, 2012

Borang Permohonan Pinjaman Peralatan Kelab UMNO


1 April 2012- Pada tahun ini, Kelab UMNO Otago telah memperkenalkan 'Borang Permohonan Pinjaman Peralatan Kelab UMNO' untuk mengatasi masalah kehilangan barang milik Kelab UMNO Otago yang sering berlaku pada tahun-tahun sebelumnya.

Oleh itu, sesiapa yang berhasrat untuk meminjam Barang/Peralatan milik Kelab UMNO Otago bolehlah berbuat demikian dengan berjumpa dan menghantar borang di bawah kepada:

En. Akmal Hazly Bin Jamaludin, dan
Zawani Minhat



March 24, 2012

AGM UMNO (Annual General Meeting)

24 Mac 2012- Kelab UMNO Otago telah mengadakan AGM UMNO (Annual General Meeting) untuk melantik ahli jawatankuasa tertinggi UMNO bagi sesi 2012/13, menggantikan pucuk pimpinan yang lama. AGM UMNO pada tahun ini telah diadakan di Evison Lounge Club and Socs. Pada hari itu juga ahli-ahli Kelab UMNO yang baru telah mendaftarkan diri sebagai ahli Kelab UMNO Otago. Pemilihan ahli-ahli jawatankuasa tertinggi dibuat berdasarkan sokongan majoriti mereka yang hadir.


Berikut disenaraikan ahli jawatankuasa tertinggi UMNO bagi sesi 2012/13:






Presiden
En.Akmal Hazly Bin Jamaludin

Naib Presiden
Siti Haslinda Binti Hissam

Setiausaha
Noor Shima Amiza Binti Zakaria

Naib Setiausaha
Siti Hannan Shabirah Binti Abd Hakim

Bendahari
Cik Nini Binti Abd Rahman

Ketua Biro Wadah Perkongsian Ilmu (WPI)


Ketua Biro Peralatan dan Makanan
Zawani Minhat

Ketua Penerangan
Muhammad Zariq Farhan Bin Muhammad Hanif

Beberapa nama juga telah terpilih sebagai Ketua Projek di mana mereka akan menjadi ketua bagi setiap projek yang dirancang oleh Kelab UMNO Otago. Berikut disertakan senarai Ketua-ketua Projek.


Ketua-ketua Projek:
Siti Sakinah Binti Karim
Muhammad Mazaitul Akmal Bin Sulaiman
Nurul Nabihah Hilmiyah Binti Matsor
Muhammad ‘Ainuddin Bin Sahbudin
Nabila Binti Saadon
Nur Azlina Safuraa Binti Talhah
Khairah Nuraishah Bin Haleman
Harith Fadillah Bin Hassan
Zai Qurratu’ Ainie Binti Zainal Abbidin
Muhamad Khairul Izzat Bin Ramlan
Nor Asyikin Binti Mohd Tahir
Muhammad Mokhzani Bin Ismail

Tahniah diucapkan kepada mereka yang terpilih.

Semoga pucuk pimpinan Kelab UMNO Otago yang baru dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik hasil kerjasama seluruh warga Dunedin.







Junior 2012

Menyambut ketibaan pelajar tahun pertama 2012 pada bulan February 2012. 




BBQ Junior 2012



 

Selamat maju jaya kepada pelajar baru!

September 6, 2011

Bazar Ramadhan 2011

Masih belum terlambat untuk kami Kelab UMNO OTAGO mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. Untuk entry kali ini kami ingin berkongsi kemeriahan bazar Ramadhan 2011 yang berlangsung pada bulan Ramadhan yang lalu. Walaupun jauh dari tanah air tercinta, kegembiraan memilih juadah berbuka di bazaar Ramadhan tetap dapat dirasakan pelajar-pelajar di sini. Menu-menu 'Malaysia' dijual bagi memenuhi selera anak tempatan, jadi kuranglah homesick terutamanya bagi mereka yang baru pertama kali berpuasa di perantauan =)







Kepada warga Dunedin, jangan lupa untuk sama-sama memeriahkan RAYA OTAGO pada 10.9.2011, Sabtu di Sacred Heart School.Dapatkan kupon-kupon kepada pengedar-pengedar yang telah dinyatakan. Pakai baju raya..jom kita raya!