Showing posts with label arab. Show all posts
Showing posts with label arab. Show all posts

April 5, 2009

Bahasa Arab #4

Kolum Bahasa Arab – Minggu 4

Minggu ini kita akan membicarakan bahasa Arab melalui sebuah Hadith

الدُعَاءُ مُخُّ العِبَادَةِ

Terjemahan : Doa itu adalah benda yang paling penting dalam ibadah

الدُعَاءُ – Doa itu

مُخُّ – otak

عِبَادَةِ – ibadah

مُخُّ العِبَادَةِ – otak kepada ibadah atau lebih sedap disebut benda yang paling penting dalam ibadah

Kesimpulan : Dalam setiap ibadah kita kenalah disertai dengan doa supaya Allah menerimanya dan mempermudahkan urusan kita.

March 28, 2009

Mengetahui Sejarah – Syair Imam Syafie


Minggu 3- Mengetahui Sejarah – Syair Imam Syafie


 Terjemahan secara keseluruhan

  • Bukanlah insan dan bukan juga alim ..
  • orang yang dirinya jahil sejarah
  • dan sesiapa yang arif sejarah orang-orang terdahulu ..
  • sesungguhnya ia telah menambah umur-umur mereka kepada umurnya

 

Terjemahan Satu Persatu

ليس ب Bukanlah/tidaklah

إنسان Manusia/insan

و dan

لا bukanlah (juga)

عالم orang yang berilmu

من orang

لا  (yang) tidak

يعي mengetahui

التاريخ sejarah

في dalam

صدر + ه hati + nya

و dan

من barangsiapa

درى mengetahui

أخبار khabar-khabar/berita-berita

من orang

قبل + ه sebelum + nya

أضاف Dia menambah

أعمارا umur-umur

إلى kepada

عمر + ه umur + nya

 

Minggu depan kita introduce conversational Arabic, kita terangkan benda-benda yang orang Arab suka cakap tapi kita tak faham , contohnya masa Eid, mereka suka cakap benda-benda tapi kita tak tahu nak reply macam mana. Nantikanlah…

March 21, 2009

Bahasa Arab: Erti Nama #2

الأسبوع الثاني

 

Sambungan:

 مستورة (Mastura) Yang ditutupi /yang tersembunyi/ yang terlindung daripada kejahatan

 بدر (Badrun) Bulan

 عزات (Aizad) Kemulian/Keagungan

 فَيْصَل (Faisal) Yang menghakimi/membuat keputusan/pedang yang memotong/

 ناضلة (Nadhilah) Yang mendahului/yang mengalahkan orang lain

 نَّطْشُ (Natasha) Kekuatan dalaman/asas

 رويد (Ruwaida) Yang lembut

 رحمة (Rahmah) Kasih Sayang, Belas kasihan

 سيدتي (Siti) Penghulu perempuan saya

 نصرة (Nusrah) Perbuatan menolong sesuatu cthnyer agama, orang etc

 شهر الدين (Shahruddin) Bulan Agama

 شهيدة (Shahidah) Yang mati syahid

 صريح (Sharihan) yang jelas

 شريفة (Sharifah) Yang Mulia

 

Disclaimer: Terjemahan ini mungkin tidak tepat sepertimana yang difahami pemiliknya, maka jika ada apa2 isu silalah tulis di comment dan akan dibetulkan secepat mungkin. Nama-nama lain cuba diterjemahkan tetapi gagal samada kerana maknanya tidak begitu disenangi atau tidak wujud langsung dalam bahasa Arab atau penggunaannya adalah sangat jarang atau namanya tak ada dalam database. Next week buat aktiviti lain plak. Ada pandangan suruh aku letak nama nickname dan maksudnya supaya tahu betapa buruknya nickname, kalau dah nama nickname lagi lah susah nak ada maksud. Tambahan kalau nickname tu buruk, takkanlah aku nak bukak aib orang.

 

“Nama aku ada banyak makna lagi, makna dalam bahasa Melayu ko tak ambil kira lagi….”

 

(Kata-kata hikmah salah seorang daripada sahabat kita)

March 15, 2009

Bahasa Arab: Kenali rakan-rakan anda melalui makna nama mereka

"Bahasa Arab bersama Sharafudin Shah"

Minggu 1 : Kenali rakan-rakan anda melalui makna nama mereka.

الأسبوع الأول : اعرفوا أصدقائكم عبر معاني أسمائهم

بقلم شرف الدين شاه

أحمد (Ahmad) yang terpuji

أزْهَر (Azhar) yang bercahaya/bersinar

منير (Munir) yang menerangi / yang memberi cahaya

صالح الدين (Salehuddin) Orang yang melakukan amal soleh didalam agama

أمين (Amin) Yang Amanah

سيف الأسود (Saiful Aswad) Pedang Al-Aswad

رضوان (Redzuan) Keredaan

خير العارفين (Khairul Ariffin) Sebaik-baik orang yang mengetahui / orang yang paling tahu

فيروز (Fairuz) Nama salah seorang daripada Sahabat Rasulullah

حصيف (Hasif) yang pandai membuat keputusan dengan baik dan bijaksana

خير العفيف (Khairul Afif) sebaik-baik orang yang memelihara maruahnya daripada zina etc

فوزي (Fauzi) orang yang berjaya / kejayaanku

مصعب (Musab) Nama salah seorang sahabat Rasulullah

زكريا (Zakariyya) Nama seorang Nabi

سفيان (Sufyan) Nama salah seorang sahabat Rasulullah

صبري (Sabri) Seorang yang sabar/  kesabaranku

فريد (Faried) Yang unik

إقبال (Iqbal) Yang kehadapan/maju

عمران (Imran) Nama bapa kepada Maryam, ibu Nabi Isa

أمير (Amir) Pemimpin, putera

حافظ (Hafiz) Yang memelihara

خير الأزمان (Khairul Azman) Sebaik-baik zaman/masa

فرحان (Farhan) Yang gembira

بخاري (Bukhari) yang berasal daripada bukhara  

فردوس (Firdaus) Nama salahsatu daripada syurga

قذافي (Gaddafi) Al-Gaddafi adalah nama keluarga yang digunakan salah satu daripada kabilah Arab.  Gaddaf membawa makna si pelontar.

NB Pemilik-pemilik nama-nama ini mungkin mempunyai ejaan bahasa Arab yang lain bagi nama mereka yang mempunyai makna lain.

Bersambung minggu depan untuk nama-nama kawan kita yang lain.