June 2, 2011

Apa itu jerayawara bahasa?

Selepas berewang Kelab UMNO Otago berjerayawara pula. Kali ini UMNO Otago telah berkolobrasi dengan Kelab OUPERSADA menganjurkan Minggu Jerayawara Bahasa pada 28 Mei 2011. Pasti ramai yang tertanya-tanya apa itu jerayawara bahasa. Jerayawara ialah persembahan, pameran, ceramah dan sebagainya yang diadakan oleh seseorang atau se­kum­pulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yang ber­­kunjung dari satu tempat ke tempat lain dengan tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kepada orang ramai, mempromosikan sesuatu dan sebagainya; contoh: persatuan itu melaksanakan program pendedahan dan pendidikan, termasuk beberapa siri jerayawara yg meliputi seminar dan pa­meran; sumber: Kamus Dewan edisi 4.

Justeru, Jerayawara Bahasa yang dianjurkan bertujuan untuk menyemarakkan dan mempromosikan keindahan bahasa kabangsaan Malaysia iaitu Bahasa Malayu/Bahasa Malaysia. Bertepatan dengan maksud yang dibawa, Minggu Jerayawara Bahasa 2011 membuka ruang kepada mahasiswa dan mahasiswi di Dunedin mengekspresikan cetusan minda melalui bahasa. Dengan tema ‘titisan tinta cerminan kemanusiaan’ , penyertaan dibuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang berminat. Antara pertandingan yang diadakan adalah Bahas Bahasa Melayu ala Parlimen, Penulisan kreatif, Penulisan Pantun, Penghasilan Lagu Puisi serta Teka silang kata. Penyertaan amat menggalakkan dan sememangnya semua peserta amat berbakat dan kreatif (ramai yang ada bakat terpendam!). Tahniah diucapkan kepada pemenang setiap kategori yang dipertandingkan. Kepada yang kurang bernasib baik tahun ini, cuba lagi tahun depan. Sokongan serta kerjasama semua pihak yang menjayakan Minggu Jerayawara 2011 amat kami hargai.


Izdham menyampaikan hadiah kepada Zariq, pemenang kategori Lagu Puisi

Penghayatan yang mendalam dari Fadzrel

Pemenang tempat kedua kategori bahas ala parlimen


Anir menyampaikan lagu puisi bertajuk 'Jalan'

Rashidah, pemenang tempat kedua kategori Penulisan Kreatif

Antara yang hadir memberi sokongan



Untuk pengunjung blog UMNO Otago, hayatilah keindahan puisi ‘Subuh di al-Quds’ nukilan Mohd Zaini Mohd Dhazam yang telah dipilih juri sebagai pemenang kategori penulisan kreatif. Semoga terbangkit rasa kemanusiaan dan ihsan sesama membacanya =) 

Kabus pagi,
Dingin awal itu,
Kaca berembun dilap ala kadar,
Aku mencari mentari Ilahi,
Masih samar jauh di celah bukit.

Masih basah titisan wudu' subuh,
Ku belek helaian kertas lama,
Ku baca dengan mata hatiku,
Terbentang segala ilmu di kalam Allah itu.

Di kejauhan pelusuk sana,
Malamnya masih jauh,
Siangnya sudah lama pergi,
Kembalinya hari tidak menentu.

Aku terfikir,
Adakah siang kalau hidup penuh kegelapan,
Adakah malam kalau peledak terus bersinaran,
Minda hatiku terkelu.

Masih adakah subuh di Al Quds?
Di mana dicarinya wudu'?
Apanya kekhusyukan dengar mortar lalu?
Sucikah tanah darah membanjirkan?

Aku malu pada tanyaku,
Sedang sabil tanah disujudnya,
Sedang derita Allah disembahnya,
Dengan jihad suci syahidnya.

Sedangkan aku,
Masih kejauhan,
Mana tindakku?
Alang jatuh sudah melenting.
Kalau diukur imannya enteng.

Nukilan,
Pengukir Aksara















June 1, 2011

Rewang 2011


Tempat: Coronation District Hall, Maori Hill.
Tarikh: 14 Mei 2011
Masa: 8 am – 2 pm
                                                                                                                                                                   
Salam sejahtera semua pengunjung blog UMNO Otago. Seperti tahun-tahun yang lalu, Kelab UMNO Otago sekali lagi bekerjasama dengan Kelab Sarjana menganjurkan majlis rewang. Macam dah jadi tradisi bagi kelab UMNO Otago untuk mengadakan aktiviti rewang ni dan seperti biasa sambutan amat menggalakkan. Antara objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar –pelajar undergrad berkenalan dengan kakak-kakak dan abang-abang postgrad serta keluarga mereka.

Ramai pelajar-pelajar undergrad turut serta dalam aktiviti rewang. Masing-masing turun padang berbekalkan ‘alatan rewang’ (pisau dll) serta ‘bakat dapur’  dan kerja-kerja rewang sebenarnya telah bermula sejak malam sebelumnya. Memang meriah. Semua berganding bahu menjalankan tugas masing-masing; ada yang menangis potong bawang, ada yang tekun memotong ubi dan ada yang rajin menolong postgrad menumis di dapur. Ketika rewang, pelajar lama berkenalan dengan pelajar baru, berkongsi pengalaman serta tips-tips ‘survival’ di Dunedin. Silaturrahim terjalin di situ. Misi tercapai.
Sesi makan tengah hari kali ini lebih istimewa dengan kehadiran Yang Berbahagia Datuk Dr.Rosli Mohamed , pengarah MSD New Zealand. Sebelum makan, YB Datuk Dr.Rosli sempat memberikan ucapan yang di dalamnya terkandung maklumat serta mesej penting buat semua; antara yang disebut beliau ialah: 'we should love, respect and understand one another'. Terima kasih Dr. Rosli kerana sudi hadir.

Inilah serba sedikit tentang Majlis Rewang 2011. Terima kasih kepada yang terlibat, kerja keras anda semua amat dihargai. Yang pasti, kita semua mendapat manfaat serta kenangan manis daripada aktiviti tersebut. Sejauh mana merantau, adat dan tradisi tetap dipegang. Rewang di bumi asing tetap meriah dan indah; saling tak tumpah seperti di kampung halaman.  

Di kesempatan ini juga ingin diperkenalkan barisan ahli jawatankuasa tinggi Kelab UMNO Otago bagi tahun 2011 :
Penegrusi:  Izdham Zainal
Naib pengerusi: Akmal Shahir
Setiausaha: Siti Fairuz Latif
Penolong Setiausaha: Nur Fauziani  Zainul Abidin
Bendahari: Nini Rahman

Jom lihat apa yang berlaku sekitar aktiviti rewang

potong- memotong bersama


Fairuz, Izdham  dan Akmal meninjau tempat masak

En. President buat 'spot check'



Kurma Kambing


Seronoknya masak ramai-ramai


Pengerusi Majlis, Hafiz mengendalikan sesi suai kenal


Yang berat sama dipikul

Ucapan daripada YB Datuk Dr. Rosli Mohamed

makan!



Chief Chef: En. Hasbullah


Selesai makan, kerja membersih dan mengemas bermula

Wajah-wajah Rewang 2011



May 28, 2011

Yang lama bertukar baru, legasi diteruskan; 2011

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu 1Malaysia kepada semua pengunjung blog UMNO Otago. Mesti ramai yang tertanya-tanya apa dah jadi dengan UMNO Otago? Blognya sepi tanpa berita..dah terkubur atau masih aktif berjalan? Di pihak sidang ridaksi kami memohon maaf atas kesunyian yang berpanjangan. Hakikatnya Kelab UMNO Otago masih aktif dan kini, tahun 2011 menampilkan barisan peneraju kelab yang baru. Legasi bertukar tangan namun perjuangan dan semangat masih sama. Yang pasti legasi ini bukan legasi lalang. Pelbagai aktiviti menarik telah diatur bagi mewarnai tahun 2011. Terima kasih kepada semua yang menyokong Kelab UMNO Otago selama ini. Diharapkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dapat mengeratkan hubungan, merapatkan jurang sesama kita serta membolehkan kita berkongsi rasa sebagai anak Malaysia di bumi New Zealand.

September 7, 2010

Kemeriahan Bazar Ramadhan Otago

BAZAR RAMADHAN OTAGO


HARI: SABTU
TARIKH: 4 SEPTEMBER 2010
MASA: 4 - 6PTG
TEMPAT: PERKAMPUNGAN MALAYSIA, LEITH STREET
(RUMAH STUDENT TESL)


Antara menu-menu yang disediakan ialah;

1)Ikan Bakar Melaka(bersambal)
   Ikan Flounders/Sole
2) Mee goreng basah
3) Karipap Sardin/Daging
4) Sri kaya Dania
5) Nasi daging merah di ufuk selatan
6) Nasi goreng pattaya Dunedin
7) Tom yam Vicchuda Damansara Uptown
8) Nasi goreng ayam berempah(special menu:sambal belacan versi Carroll street-limited)
9) Mee goreng mamak
10) Burger ayam/kambing(burger special boleh dibuat atas permintaan)
11) Masala vadai
12) Ayam Percik(size ½ chicken)
13) Kuih cara
14) Kuih keria
15) Nasi lemak antarabangsa(sambal tumis ikan bilis + telur dadar)
16) Popia basah Section 16(versi besar)
17) Roti John
18) Cucur badak
19) Otak-otak
20) Penang Laksa
21) Kicap cap kipas udang
22) Air cincau

You think you don't get enough of Malaysian food? All food were super nice and trust us, you might as well think that you are in Malaysia once you attended this bazaar. (But of course, minus the cool weather lah)

We have some footage of this fabudeliciouslous event too!












Photos credit to Jordan Jerome Asan.

Kami kembali!

Assalamualaikum dan salam sejahtera salam 1Malaysia kepada para pengunjung blog Kelab Umno Otago. Pertama sekali kami dari pihak sidang redaksi kelab memohon maaf di atas ketiadaan sebarang kemas kini dari kami sejak dari cuti musim luruh tempoh hari. Nampak gayanya laman web kami turut bercuti bersama-sama para pelajar University of Otago. Wah, kalau begitu lama juga kami bercuti ya. Cuti musim sejuk luruh dan musim sejuk telah pun berakhir dan baru sekarang kami memunculkan diri kembali seperti  bunga-bunga berwarna warni yang kembang mekar di musim bunga. 

Rasanya belum terlambat untuk kami pihak admin untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua yang berpuasa tidak kira di mana anda berada. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita semua menjalani ibadah puasa dan sudah tentu kita semua tidak sabar-sabar menunggu kedatangan bulan Syawal setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga. 

Selamat berpuasa kami ucapkan.

Oh ya, jangan lupa melawat kami di sini untuk pelbagai   update dari kami dan beberapa posts tertunda dari aktiviti yang telah  dijalankan oleh para pelajar University of Otago anjuran Kelab Umno Otago dengan kerjasama kelab-kelab Malaysia lain di Otago dalam masa yang terdekat ini!


Admin